iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 24 February 2013

Cerita Panas Aku Dan Gadis Pelayan

Kisah ini dah lama berlaku, rasanya kurang elok jika kisah memalukan dipaparkan disini. Namun, untuk menjadi pengajaran pada orang lain aku kisahkan juga cerita panas antara aku dan gadis pelayan sebuah kedai makan.

Kisah bermula beberapa tahun dahulu. Hari itu hujan lebat dan tak nampak tanda-tanda untuk berhenti. Bila hujan perut akan rasa lapar. Hendak keluar dengan motor kapcai aku yang enjinnya tak berapa hendak hidup bila sejuk, pasti akan basah kuyup.

Terpaksalah aku menunggu sampai hujan berhenti. Bila dah renyai-renyai. Aku capai kunci motor, aku capai jaket sedikit tebal nak lindung dari hujan. Aku terus bergegas untuk ke kedai tidak jauh dari rumah. Memang seperti yang aku jangka. Motor kapcai buruk aku susah hendak dihidupkan bila sejuk. Binawee punya motor, err..tak boleh sumpah seranah motor ni, banyak jasanya pada aku.

Bila hidup je berdesup aku pecut ke kedai makan siam tidak jauh dari rumah. Situ ada pelayan gadis siam yang comel persis Wardina Safiyyah. Cuma rendah dan gelap sikit huhu..

Kat kedai orang tak ramai, mungkin hujan. Ada meja yang masih basah belum dilap. Aku menuju ke arah satu meja yang terlindung dari hujan. Bila nampak je aku duduk, si Wardina tadi dengan lenggok dan senyum manja terus dapatkan aku.

Macam biasa, aku order Tom yum dan teh o panas. Hujan-hujan begini, pasti sedap dimakan. Sementara menunggu, aku layan televisyen yang dipasang. Cerita agak menarik buat aku leka menonton dan tidak terasa lama.

"Bang makanan dah siap" aku tersentak dan terkejut. Bila berpaling dengan spontan dan laju lengan aku terkena mangkuk tom yum yang panas baru diangkut dari dapur. Mangkuk tu terbalik dari dulang jatuh atas meja dan terkena lengan, terpercik ke semua arah.

Lengan aku pedih panas. Baju aku, seluar aku basah kena kuah tom yum. Binawe punya Wardina. Nasib baik kuah tom yum yang panas dan pedas tidak terpercik ke mata. Dan nasib baik tidak kena pada senjata sulit. Lelaki je tahu, apa rasa jika kena cili pada anggota sulit nan satu tu walaupun sedikit.

Selera aku dah tumpul hendak makan. Berkali-kali Si Wardina minta maaf. Sebab dah basah dengan kuah. Lengan dan hati panas, aku minta hendak bungkus. Tom yum tumpah tadi ada waranti dan aku tak perlu bayar.

Sekotak tisu habis aku lap-lap badan dan pakaian. Sementara tunggu tom yum kedua siap. Aku layan movie tadi LOL huhu..

Itu cerita panas aku. Sebenarnya ilham ni datang bila aku jenguk nuffnang dan tengok recently blogger yang datang jenguk blog aku. Aku review blognya kejap. Menurutnya, nyawa blognya bergantung pada keyword "Cerita Panas".

Keyword inilah yang menyebabkan pengunjung sentiasa datang. Blognya di page pertama Google. Jadi, aku cuba juga buat Cerita Panas nak tengok Cerita Panas dari Adaberada dipage berapa :)

ps: Woi,nak cerita seks ke taip keyword ini kah kah kah kah...

3 comments:

Anonymous said...

hot nya..mcm goreng pisang.kah3

Anonymous said...

eh, silap.mcm pisang goreng.terbalik pulak.

Anonymous said...

sy nk tergelak guling2 ni bila membayangkan baju n suar awk basah.hahahaha....story y meggelikan hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...