iklan. Jangan klik hahaha...

Bateri Kereta - Penjagaan Bateri Kereta, Harga Bateri Kereta




Penjagaan Bateri



Bateri jenama Bosch menurut orang yang berpengalaman berkualiti dan agak tahan lama. Contoh Harga bateri saiz Din55R berharga RM300 agak mahal.

Bateri kereta biasanya akan meragam pada tahun kedua atau ada yang sampai setahun lebih bergantung pada penggunaan dan penjagaan.

Teknik Penjagaan Bateri Kereta - Battery Maintenances
Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan  seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan. 

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.


3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.




Bateri kereta ada 2 jenis

1) Sel Basah
2) Sel Kering

Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza



1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan ai rbateri. Biasanya ketahanan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan. Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda. Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari dll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja, jika sel kering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepada jenis,cara penjagaan, cara penggunaan dan kekerapan penggunaan. Bateri baru biasanya mempunyai jaminan selama setahun (petrol) dan 6 bulan (diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan

1) Sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) Alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) Wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) Tak tutup lampu (boleh jadi jugak)
5) Kepanasan melampau juga mengurangkan hayat bateri.


Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecuali salah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5 Ampere (standby or lock mode). Kecuali dah lebih 3 minggu tak start kereta.

Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Ini tandanya bateri ada masalah. Sebabnya masa kita start kereta, hampir 90% tenaga bateri digunakan starter (Benda ni guna dia start kereta)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih

tips...
Jaga bateri kereta secara berkala

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda. 

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini. 

Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.
Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian. 

Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya
Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat. 

Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru. 

Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi. 

Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.


Kesimpulannya bateri kering dan basah ada pro dan kontranya. Bateri basah murah dan tahan lama jika selalu diperiksa. Bateri kering agak mahal dan jangka hayat agak kurang berbanding bateri basah, namun tidak memerlukan penjagaan berkala seperti bateri basah.

Aziz Sattar Dalam Kenangan 1925-2014



Pak Ajis meninggal pagi tadi pada pukul 2. 6 Mei 2014. Kerana serangan sakit jantung.


Antara dialog-dialog yang melucukan yang melibat Aziz Sattar


Pendekar Bujang Lapuk

Ajis : Alkisaaaaahhh
Sudin : Tayiiibbbb
Ajis : Alkisah maka tersebutlah kisahhhhh....
Sudin: Tayiiiibbbbbb
Ajis: Sang kancil datang beramai-ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan Firauuuunnn..
Ramlee: Mana Firaunnn pakai sultaaaannnn....
Ajis: Entaaaahhhh...!!

Seniman Bujang Lapuk

Sudin: Eii ramlieeee...... nak carik kerja keee.. nak jual minyakk..
Ajis: minyak apeeee...
Sudin: Minyak uraaaatttt....
Cik Salmah: Ehh.. cik ramliee.. nak carik kerja tu, ada duit ke tidak?
Ramlee: Adaaaa cik salmah.. adaaa.......... tak adaaaaa...
Ajis: erk... Alamaaaakkkk... malunyaa akuuuuuuuuuuuu...
Cik salmah: (hulur duit RM10) amik ler
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah... bapak saya baru hantar dari Hong Kong...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Sudin: alaaahhh..... orang dah bagi tu, kebahh aja lerrrrr...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: saya bilang tak payah.. tak payah... (sambil rampas duit RM10 tu dari tangan cik salmah)
Ramlee: Jom..
Sudin: baru dapat duit 10 ringgit kan?... kita naik teksi...
Ramlee: Apa kau pikir duit nie bapak kau yang punya ke?
Ajis: Alahhh.. kita naik beca roda tiga sudahlah......
Sudin: pelok......... 



ada satu babak tuh..

cerita nujum pak belalang..
dalam Gua Hantu masa perompak (lakonan sudin dengan Ajis) tengah kira duit..

tapi tatau detaillah dialognya..

lebih kurang macam nih..

Sudin : satu untuk engkau..

satu untuk aku.
dua untuk engkau..
dua untuk aku..
...
sepuluh untuk engkau...
sepuluh untuk aku..

Sudin : lepas tuh ape daa..


Ajis : hantam sajalah..


Sudin : hantam sajalah untuk engkau..

hantam sajalah untuk aku..
lagi..?

Ajis : mana aku tau daa..


Sudin : iyaka..?hah..

mana aku tau untuk engkau..
mana aku tau untuk aku..

Ajis : ehh...?


Sudin : ehh..?

hah..!ehh untuk engkauu..
ehhhhh untuk aku....

ahahaha...berulang-ulang sampai ke sudah.





Sudin: Itulah.. panjang dia tu 7 kaki kau tau..., lebar dia membawak ke 3 kaki......dalam dia sama dengan panjang dia 7 kaki daa...

Ajis: Besar jugak, bagus laaa macam tu din yaa.. 7 kaki panjang dia, 3 kaki lebar dia ... ada dalam pulak ehh......... !!!! ITU KUBUR TEMPAT KAU NAK MAMPOS, BAHALOLL...!!!... ini cakap bikin orang naik darah aja!! .... orang cakap betul-betul, dia main-main pulak.. sekali aku cekik-cekik kangg...
Sudin: (ketawa melekek-lekek bawah selimut.....!!!)




Re : Apa dia jebon tu...?

Mi : Jebon tu nenek kau...!!
Re : Eh.. nenek aku bukan jebon... nenek aku che embon...
Mi : Atuk kau...
Re : Atuk aku James bond...
Grin
Satu lagi dalam filem Pendekar Bujang Lapok... Yang kat umah Pendekar Mustar tu... Yang ajis buat lubang kat dinding guna paku.. tiba2 kena kat Pendekar Mustar...

P.Mustar : Adoi..~!!! Eh eh eh eh... paku..... minah...~!! Ambil tukul....


Selepas mendapat tukul... sebaik ja nak ketuk dah takder paku tu sbb dah ditarik oleh sudin...


P.Mustar : Eh eh... dah ketuk..? Bila kau ketuk...?






Ajis: Oh adindaku yang chantik rupawan. Hidungmu mancung bagai seludang.. rambutmu... apa aa.. oh.. rambutmu hitam jambul di depan.. berbaju bunga berseluar yankee berkaki ayam... oh adindaku.. lihatlah muka kakandha yang putih melepakk...


Direktor A. Nisfu: eiii.. !!! apa kao bikin dialog sendiri...


Ajis: eiii..!!!! siapa tu di sana ehh...... ohhh... kakanda tahu... itulah perrompak yang ingin merrompak adinda daripada thangan kakanda....


Direktor A. Nisfu: apaaa !!?? kao bilang aku perompak... aku Direktor Ahmad Nisfu....


Ajis: aahhhh... eiii..!! kao jangan cobak hendak menyamarkan diri sebagai direktor... walaopun rupamu tidak kukenall... tatapi lobang hidungmu thatap manjadi poojaan hhatiku...


Direktor A. Nisfu: CUTTT....!!!! CUTTT....!!!!




Ajis:Heiii RRRamlee... siapa kaoo??

Ramlee: Akulah kingg....
Ajis: King apaaaa....??
Ramlee: King Kongg....
Sudin: [dengan nada marah] King Kong kepala hotak engkaoo.. aku tengah ajar belajar dialog nih..




ramlee: tabik tuan sigh....

sigh: saya bukan tuan sy jaga...
ramlee: mr sigh...kita 3 orang mau jadi filmstar...sama sapa kita mau jumpa..?
sigh: sama manager la.....
tunggu sikijap aa..........
inchik amat...inchik amat.....ini 3 orang mau jumpa sama manager...



Pendekar Bujang Lapok (masa Sudin baca surat Rose)


Sudin : dia tulish 'arab


Ramlee : arab pun arab lah....baca...baca...baca...


Sudin : aku baca yaaa......


wal fadhang fasiru....tak adhudhil fokok kayuwe....panasu tariiikuk


Ajis : eh, ape daa kuk?


Sudin : eh padang pasir takda pokok kayu panas terik la.....


Ramlee & Ajis : ooooooooo


(tiga2 duduk)


Sudin :wal kormak


Ramlee : eh ape da kormak?


Sudin : e'eh kao tau baca?


Ramlee : itu bunyiknya kormak?


Sudin : ya laaa....


wal kormak...nak buka puasuru kehabisarulazhi


Ajis : apadia ituuuu?


Sudin : buah kurma nak bikin bukak puasa sudah kehabisaaaan


Ramlee & Ajis : oooooooo


Ramlee : sambung...sambung...sambung...


Sudin : ku pandungil kiri kanonilk


Ramlee : eh ape da nilk?


Sudin : ku pandang kiri kanaaan


ku pandungil kiri kanonilk....wal sakhi bakhi....tumpuk tumpuk....taik unta


(Ramlee terus merampas surat)





Ajis: sekali syair da....

Sudin: cuba kau bca.
Ajis: al-kisah.......
Sudin: taib.........
Ajis: alkisah maka tersebut lah kisah.....
Sudin: Taib......
Ajis: sang kancil dtg beramai-ramai menghadap sultan firaun.....
Sudin: (sambil merampas surat) mana firaun pakai sultan........
Ajis: entah............




ni sedutan dari filem seniman bujang lapok..


polis : makcik..mkcik ni isteri pak mat tempe ye?


Isteri pak mat tempe: ya dari petang tadi pi minta hutang..


Polis: 0oo dari petang tadi pegi minta hutang yee...makcik...pak mat tempe skg berada di dalam hospital..

dia kena langgar dengan motokar makcik...

Isteri Pak mat tempe: dia memang macam tu kadang dua bulan tiga bulan org tak bayar hutang..


Sudin : makcik2..encik..encik ni cakap pak mat vrooommmm kelepop peceper pengg pengg pengg terlanggar motokar!!!


isteri pak mat tempe : pak mat kau memang begitu selalu naik basikal bukan motokar..


sudin : (smbil menjerit) PAK MAT TEMPE KENA LANGGAR MOTOKAR!!!!!!!


isteri pak mat tempe : haaa!! kena langgar motokar.....huhuhuhu...(smbil p ambik selendang dalam bilik..)


sudin : enchikk sound dia rosakkk!!






Memang cerita2 lawak P.Ramlee ni tak pernah jemu tgk walaupun berulang2 kali.


Ada lagi tak DIALOG cerita P.Ramlee yang melucukan korang, hingga terbawa-bawa dalam ingatan ?






"Siapa COW?"


"Aku Raj Je!"


"Raj Je Maner?"




ali baba bujang lapok..

penyamun: apa dekat2 rumah engkau tak da radio car ka?
org kaya:radio car?kalau mlm tak da..kalau siang mmg byk

penyamun: hai..kenapa engkau suruh rompak rumah engkau??

org kaya: aku mahu lari dari bayar hutang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...