iklan. Jangan klik hahaha...

Aku Terima Nikahnya

Satu perjanjian hakmilik dan tanggungjawab dari penjaga yang sah kepada sang lelaki yang bakal bergelar suami. Segala tanggungjawab mendidik dan menjaga tingkahlaku isteri terletak dibahu suami. Andai gagal, dosa akan ditanggung oleh suami.


Gulp..!! Aku sudah seram sejuk. Setahun tempoh yang tak lama. Bila memikirkan malam pertama yang indah dan akan ada anak-anak yang comel,ada peneman setiap ketika tempoh setahun cukup lama.


Rasa sekejap jika belum bersedia dengan ilmu-ilmu agama untuk membimbing isteri dan anak-anak nanti. Menjadi suami yang adil, tidak menganiaya isteri zahir dan batin. Sebab aku akan bersamanya hingga ke tua, sampai mati.


Buat kamu, ada sebab kita gagal dan tidak bersama. Sebab itu, akan kamu tahu bila ada suami yang kamu cintai sepenuh hati dan ada anak-anak comel yang kamu kasihi.


Moga bertemu cinta abadi yang bukan sahaja melafazkan "aku cinta kamu" tapi juga melafazkan ayat keramat "Aku terima nikahnya.."


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...