Malam sabtu yang lepas, lebih kurang jam 8.30 malam, seorang pelajar perempuan Universiti Sains Malaysia - USM hampir putus kaki kirinya dilanggar oleh sebuah motosikal dipersimpangan lampu isyarat yang menghubungkan kampus utama dan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun - RST.
Menurut kawan penulis, Hafiz pelajar Master Teknologi Bangunan yang kebetulan berada ditempat kejadian. Motosikal yang dipandu oleh seorang pemuda india, melanggar lampu isyarat. Motorsikal yang dipandu laju itu, gagal mengelak pelajar malang yang sedang melintas jalan tersebut.
Akibat impak yang kuat pelajar itu melambung beberapa meter dan jatuh dijalanraya. Kaki kirinya hampir putus dan dipisah oleh lapisan kulit dan cebisan daging yang nipis sahaja.
Dalam keadaan separuh sedar dan sakit, pelajar itu meminta telefon bimbitnya untuk menghubungi ibunya. Hafiz yang kebetulan berada disana mengutip barang-barang pelajar itu yang berteraburan diatas jalan raya.
Lelaki india yang melanggar pelajar itu bagaimanapun tidak cedera. Malah motosikalnya tidak terjatuh, sampai dihadapan Restoran Khaleel pemuda itu patah balik. Pada masa itu, pengawal keselamatan menahan lelaki terbabit untuk disoalsiasat.
Persimpangan lampu isyarat antara Kampus Utama dan RST, kerap kali berlaku kemalangan maut. Nampaknya pihak USM perlu mengambil tindakan untuk mengelak dari kejadian sama berulang.
Gambar tidak dapat dipaparkan untuk menghormati mangsa dan keluarganya.
Gambar tidak dapat dipaparkan untuk menghormati mangsa dan keluarganya.
Ps2: aku pernah tengok pertembungan dua kereta semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dan pernah melihat mayat terbaring dijalan ditempat sama. Hati-hati dijalanraya!
1 comments:
ngerinya..
Post a Comment