Ada kemanisan bila betul-betul yakin dengan Allah.
Suatu ketika dulu. Aku kehabisan duit. Poket kosong, makanan kat dapur kosong. Lalu aku tawakal bulat-bulat tanpa berusaha, meminjam dari sesiapa. Atau buat kerja yang mendatangkan duit segera.
Aku yakin, Allah akan bagi aku rezeki dari mana-mana pun.
Esoknya, kawan aku menghantar khidmat pesanan ringkas. Mahu datang ke rumah. Dia datang hari jumaat. Meminta Yassin untuk dibaca pada malam tu.
Aku menghulurkan Yassin padanya. Beberapa minit kemudian dia memanggil aku, katanya ada duit aku dalam Yassin yang dibacanya. RM50 ringgit, cukup untuk makan menjelang gaji. Aku pernah menyimpan duit itu dalam Yassin, Aku rasa tempat itu yang paling selamat. Bila tinggal ramai dirumah sewa.
Kebetulan kawan aku datang, kebetulan dia meminta Yassin. Kebetulan aku ada menyimpan duit dalam Yassin. Kebetulan yang sebenarnya dari Allah. Perancangan dari Allah. Bukankah Allah yang mengatur akan segalanya?
Sekarang aku tidak menyimpan dalam Yassin lagi. Aku menyimpan dalam ASB :)
0 comments:
Post a Comment