Banjaran
Titiwangsa, disitu ada puncak. Dipuncak,disitu ada hentian rehat.
Dihentian rehat itu ada tebing tinggi dipagari. Berdiri dipagar itu,
ada pemandangan bukit, ya cantik. Dan kebanyakan orang atau semua orang
yang singgah disini. Seperti tidak pernah melihat bukit bukau dan
hutan. Berpesta mengambil gambar berBackgroundkan bukit.
Aku yakin
orang-orang yang mengambil gambar akan memuatnaik
di Facebook masing-masing. Bayangkan rakan Facebook anda adalah orang-orang
yang berhenti singgah disini secara kebetulan. Anda akan melihat gambar
bukit yang sama berbeza model.
Bukit itu tanda kebesaran Allah, udara sedingin air-cond belum dicemari dan dinodai manusia setakat ini. Alam hutan hijau penuh misteri.
Didepan kedai yang menjual makanan kelihatan segerombolan orang asli yang baru sampai,dibawa dari kampung mungkin. Terpinga-pinga, macam keliru atau lebih tepat jakun atau tidak biasa dengan persekitaran baru. Tapi,mereka tidak sejakun orang-orang yang sibuk dan seakan berpesta mengambil gambar bukit dengan berbagai gaya, kerna bukit dan hutan itu dunia mereka.
Mereka tidak perlukan iPad atau iPhone atau kamera DSLR untuk merakam gambar bukit bukau, rakaman segenap denai,lembah sudah tersedia dalam minda.

Ditempat yang sama, bukit yang sama, setahun yang lalu aku pernah singgah. akhiran aku dengan dia.
30 minit aku disitu, berhenti rehat sebelum meninggalkan manusia-manusia yang tengah menggila mengambil gambar bukit.

0 comments:
Post a Comment