iklan. Jangan klik hahaha...

Hanya kerana Seorang Perempuan...

Sebuah kisah benar yang dialami dua malam lepas.


 

Adli bin Ismail, Masar dan Adnan. Ingin minum-minum di kedai makan pesisiran pantai Seagate. Jam tepat pukul 11.30, hujan renyai-renyai.

Perasaan nak pekena kopi 0, Teh 0, dan Nescefa 0 membuak-buak, nafsu tidak dapat ditahan lagi. Bila hujan dari renyai, makin kasar dan terus lebat. Aircond dalam kereta makin menambah kesejukan.

Sebenarnya, minum satu hal. Satu hal lagi bagi lelaki single dan

hormon testorone sudah matang. Melihat gadis-gadis bagaikan menggaru kurap. Makin digaru makin sedap. Tempat itu juga tempat lepak dan bersantai gadis-gadis kilang, minah-minah rempit dan pelayan yang comel.

Bukan niat melihat gadis-gadis yang keluar lewat malam, entah mendapat keizinan ibu ayah, tidak. Niat cuma ingin minum dan bersantai dipesisir pantai. Gadis-gadis sebegitu, dimana-mana pun ada tak perlu tuju disitu. Jika seorang lelaki soleh yang baik, keluar dari rumah tanpa melihat gadis-gadis seperti di Malaysia ini, maka dia perlu menutup mata.

Dan kita, jika keluar dari rumah mestilah berniatkan benda yang baik. Andai keluar dari rumah berniatkan benda yang kurang baik dan elok, sesuatu terjadi. Lebih tepatnya mati dan menjadi mayat. Niat itu menjadi agenda terakhir sebelum mati. Rugilah jika begitu, entah ke Syurga, entah ke Neraka!

Sampai dikedai pesisir pantai itu, hujan belum berhenti. Buka pintu,hulur kaki keluar terus terpijak lopak air. Kasut yang terasa basah diabaikan bila melihat seorang gadis sedang meraung menangis, terduduk dan diangkat bangun beberapa orang. Ada seorang makcik, pakcik dan seorang brother. Mungkin ahli keluarga si gadis.

Gadis itu macam mabuk, baju yang terselak menampakkan separuh tubuh tidak dihiraukan. Menangis dan meraung, sambil ditenangkan beberapa orang itu. Dipimpin masuk kereta. Lalu brother itu berkata berbaur amaran.
"Hang jaga jap lagi, hang jaga" pada seseorang didalam kedai.

Gadis dan beberapa orang itu masuk kereta dan hilang dalam gelap malam.

Aku bertiga tengok dan tak mengerti drama sebentar tadi. Duduk dimeja terus order minum. Orang-orang lain dalam kedai minum dan makan macam biasa.

Sedang aku bertiga menikmati minuman masing-masing. Tetiba berlari seorang pemuda, kelam kabut. Masuk ke kedai dan mencapai sesuatu. Aku sangka parang panjang, rupanya batang kayu. Orang yang mengejarnya berhenti.

Terdengar suara tuan kedai menyuruh menelefon polis. Suasana kelam kabut,bila pemuda yang mengejar bertambah ahlinya dan seakan ingin membunuh orang yang dikejar.

Orang yang dikejar, siap sedia dengan batang kayu panjang. Ada dua,tiga orang menyokongnya. Suara orang mengejar makin kuat, sementelah ahlinya ramai.

Melihat itu,aku kecut perut. Meja aku ditengah-tengah geng mengejar dan geng yang dikejar. Pergaduhan,pertenglikahan, peperangan geng dalam filem anak Datuk Yusoff Haslam bila-bila masa akan tercetus.

Saat itu, nescafe yang aku minum terasa kelat yang amat. Aku rasa macam ada parang yang akan kena dekat tengkuk aku bila-bila masa. Agaknya itulah Perasaan seorang pengecut dan penakut.

Ditengah kekalutan itu, ada sebiji kereta hitam datang. Keluar lelaki berambut panjang diikat, bertubuh sasa dengan dua,tiga lelaki lain. Bertindak sebagai pendamai, menyuruh kedua kumpulan bertelagah duduk dimeja. Suasana tenang dan damai seketika, terdengar suara perbincang dikedua belah pihak.

Kesempatan itu,aku habiskan minum. Bayar dan balik. Berjalan kereta, lalu ditepi kereta hitam siPendamai tadi, ada stiker PEKIDA. Hebat juga Pekida ni. Suara lantang dan geng yang bertelagah duduk tidak bersuara.

Dalam kereta, aku terfikir. Orang sebaik aku mana ada musuh. Aku tak perlukan pekida atau geng kaki pukul. Orang yang ingin pukul aku mungkin sigila sahaja. Lagi pun aku, kau dan kita semua dibawah lindungan Allah jika kita baik-baik saja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...