Apa itu penyakit darah tinggi? Darah tinggi atau pun Hypertension adalah sejenis penyakit
kronik. Kronik di sini kebanyakannya di fahami sebagai teruk. Itu adalah
satu kesilapan. Kronik di sini bermaksud jangka masa yang lama iaitu
penyakit darah tinggi tidak sama dengan penyakit demam selsema, sakit
kepala iaitu ia dihidapi oleh seseorang dalam jangka masa yang
lama.....atau spesifik untuk penyakit darah tinggi,ia di hidapi oleh
seseorang sampai bila-bila.
Ya, betul. Bila dah start ubat darah tinggi,
ubat mestilah di makan oleh pesakit itu sampai bila-bila. Ini adalah
sebab penyakit ini adalah penyakit KRONIK iaitu penyakit yang tak sembuh
cuma boleh diKAWAL dengan pemakanan ubat. Pesakit yang menghidap
penyakit darah tinggi perlu mengambil ubat setiap hari untuk mengawal
kadar tekanan darahnya. Sekiranya kadar tekanan darah tidak terklawal
iaitu sentiasa tinggi,ini akan mengakibatkan KOMPLIKASI berlaku pada
penghidap darah tinggi.
Komplikasi yang biasa pada pesakit darah
tinggi adalah penyakit jantung. Bayangkan tekanan darah yang sentiasa
tinggi di dalam badan. Ini akan mengakibatkan jantung letih @exausted
kerana bekerja terlalu kuat. jantung adalah seperti mana bahagian badan
yang lain,merupakan otot-otot. Bila otot-otot jantung bekerja kuat,
pembengkakan jantung (hypertrophi) berlaku.
Bayangkan jantung yang
besar, yang mana ia sendiri juga memerlukan bekalan darah untuk
berfungsi. Kegagalan penyampaian darah kebahagian tertentu jantung
menyebabkan berlakunya ischaemia iaitu kematian sel2 jantung yang
tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Gejala biasanya kesakitan
bahagian tengah atau kiri dada yang teruk disertai dengan berpeluh, loya
atau muntah , kesakitan yang menjalar ke tangan kiri, bhgn dagu dan
sesak nafas.
Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku nya pembengkakan
jantung, tekanan darah perlulah di kawal soptimal mungkin dengan
pengambilan ubat darah tinggi. Tiada pilihan lain lagi. Senaman,
kuarangkan pengambilan garam, kurang kan makan berkalori tinggi membantu
tetapi paling penting adalah pengambilan ubat.
Selain daripada komplikasi kepada
jantung, Tekan darah tinggi yang tak terkawal juga menyebabkan kerosakan
pada buah pinggang. Jadi, kegagalan buah pinggang bukan di sebabkan
oleh ubat yang di ambil tetapi di sebabkan oleh tekan darah tinggi yang
tak terkawal. Kenaikkan tekanan darah yang tinngi secara melampau juga
boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba.
Oleh itu, pengambilan ubat darah tinggi
adalah pokok kepada rawatan penyakit darah tinggi. Sekiranya belum
bersedia untuk mengambil ubat, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara
berkala. Sekiranya tekanan darah tinggi, lakukan secara lebih kerap.
Jangan terlalu yakin darah telah kembali normal tanpa pemeriksaan
tekanan jantung.
Gejala seperti sakit kepala, pening untuk pesakit darah
tinggi adalah jarang berlaku. Sekiranya berlaku, kemungkina tekan darah
terlalu tinggi mungkin pada tahap yang boleh menyebabkan berlaku nya
angin ahmar @stroke..
Sumber : http://dryodi.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment