iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 3 June 2012

Instagram

Instagram adalah satu aplikasi Android yang semakin digilai ramai. Berjuta orang sudah memuat turun di Google Play (dulu dikenali Android Market). Maka tidak hairanlah jika aplikasi ini dibeli oleh pihak pengurusan Facebook dengan harga jutaan dolar.


Instagram merupakan aplikasi untuk mengedit gambar menjadi menarik dan nampak seperti kerja seorang yang profesional yang mahir menggunakan perisian untuk mengedit gambar seperti Photoshop dan seangkatan dengannya.


Menariknya sesiapa sahaja yang tidak tahu asas langsung dalam perisian seperti Photoshop. Dalam tempoh beberapa saat akan dapat menghasilkan gambar yang menarik.


Kelebihan Instagram yang lain ialah selepas sesuatu gambar diambil. Gambar yang diedit dalam Instagram terus boleh diupload di Facebook, di Twitter dan beberapa laman sosial yang lain.


Terdapat pelbagai seleksi kesan khas yang dapat dipilih untuk gambar yang diambil. Gambar-gambar yang penulis muat naik diblog dientry sebelum ini adalah contoh foto yang diedit menggunakan Instagram.


Selain aplikasi untuk mengedit gambar. Instagram sendiri adalah seperti satu laman perkongsian sosial yang lain. Seperti Facebook dan Blog. Jadi berhati-hati ketika mengedit sesuatu gambar. Satu dunia akan dapat melihat. Apatah lagi gambar yang agak privasi. Namun,ada pilihan untuk menukar aturan supaya audien dapat dipilih atau tukar sahaja aturan untuk disaksi oleh diri sendiri.


Jadi apa tunggu lagi, pengguna Android telefon bimbit atau tablet sila muat turun sekarang di Google Play sementara masih percuma. Saiz fail 17mb.


Nah, satu lagi foto dapur rumah aku yang diambil dengan kamera telefon bimbit diedit menggunakan Instagram. Cantik tak? kalau tak cantik, korang ambil gambar dapur korang. Sila edit di Instagram, post kat blog korang ye.

Selamat menggunakan Instagram!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sebuah Blog Lama Untuk Masa Depan

Blog ni akan jadi lama dalam jangkamasa berpuluh-puluh tahun lagi. Selagi ada internet dan khidmat blogger dari Google ni masih ada.


Kisah-kisah, gambar-gambar dalam blog ni akan jadi kisah silam dimasa depan. Penulis mati, blog ini tetap ujud dialam siber.


Blog ini akan menjadi sumber rujukan dan ingatan kepada penulis. Kepada blogger lain. Kepada sahabat, kepada orang yang berkaitan dan kepada siapa sahaja -mungkin..


Isinya mungkin biasa-biasa sahaja kepada orang lain. Tapi,menjadi luarbiasa kepada penulis dan orang yang berkenaan. Kepada seseorang yang keras hatinya yang selalu menjenguk blog ini.


Betapa masa akan merubah segalanya. Mungkin akan mengukir senyum jika nukilan ini dan isinya dibaca berpuluh tahun akan datang.


Aku yakin dendam tidak wujud lagi bila leka dengan telatah anak-anak dan cucu-cucu. Bila uban memenuhi kepala, bila wajah berkedut seribu. Bila cucu mula bertanya akan kewujudan dan asal usul blog ini.


Blog ini blog biasa, sebuah blog untuk masa depan!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Forgive When Forget

We just can forgive, when we can forget. Simple :)



Betul ke quote ni? aku selalu je masak hahaha...

Jika Rindu

Orang dulu-dulu, orang tua sebelum kita bila bercinta dan rindu, tengok bumbung rumah si buah hati pun dah terubat rindu. Perkara ini betul bukan sekadar perumpamaan kosong. Cara ini dipraktik oleh para pecinta zaman dulu-dulu. Dulu tiada telefon bimbit, tiada internet, tiada posmen. Posmen ada, tapi kalau dah sekampung kau nak pos surat buat apa lagi huhuhu...

Sekarang bila serba serbi moden, jengah sahaja Facebook. Jika orang yang dirindu ada blog, jengah aje blog tanpa gagal setiap ketika. Penafian dimulut dapat dibuat, penafian dihati, diri dan tuhan sahaja yang tahu. Betapa rindu itu menyiksa diri. Anggap sahaja blog ini seperti bumbung rumah, seperti orang dulu-dulu bila rindu.

Bumbung rumah sudah dicat baru, sudah bertukar headernya, gara-gara tidak tahu kemana dihujung minggu yang serba indah free and easy. Buka sketch up, 3D kan dia. Touch up guna Canvas. Potong guna Snipping Tool.


Tiba-tiba teringat kat awek lama aku yang seorang ni, berpisah cara baik. Dengar khabar dah dapat pasangan yang lagi bagus dan hebat dari aku, seorang doktor. Ada hikmah disebalik perpisahan, kalau masih bersama belum tentu dia bahgia. Aku edit gambar dia jadi tergedik-gedik, walau pun dia bukan perempuan yang gedik hehehe... selalu juga singgah jadi stalker kat blog dia ni senyap-senyap huhuhuhu...







Saturday, 2 June 2012

Yakin

Yakin penting untuk membuat sesuatu benda. Bercinta pun perlu keyakinan. Yakin dengan orang yang kita jatuh cinta. Yakin dengan dia kita boleh bahgia.


Kadang-kadang, sesuatu perkara yang berlaku yang buat kita trauma. Rasa yakin kita pada sesuatu perkara akan berkurangan atau hilang terus.


Trauma dan pernah sakit hati dalam percintaan, membuatkan seseorang kurang yakin pada sesuatu percintaan. Kurang yakin pada pada pasangan pasangan kita.


Bagi individu yang berulang kali trauma dan gagal dalam bercinta. Mereka akan mudah mengenali seseorang individu yang mereka dampingi. Tahu sifat-sifat dan ciri-ciri pasangan yang baru dikenali. Samada jujur atau tidak.


Sifat defensif dan survivor diri tinggi. Kekadang sifat ini menjejaskan sesuatu hubungan. Pasangan akan perasaan sifat ini dan mula tawar hati.


Kegagalan akhirnya berpunca dari diri sendiri bukan pasangan kita.


Sebenarnya yakin dengan Allah dan ketentuanNya adalah yang terbaik. Yakin setiap yang berlaku ada hikmah.


Putus cinta bukan tamat segalanya, namun bercinta adalah permulaan segalanya, suka duka. Kawin atau tidak, bermula dari bercinta. Dan ada yang tak bercinta, tapi terus kawin. Bercinta lepas kawin. Rasanya itu yang terbaik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 1 June 2012

Planet Zuhrah dan Seorang Makcik Tua

Aktiviti meneropong planet-planet dan cekerawarala kembali lagi di USM, selalunya di buat dipadang kawad USM. Kali ini, para peminat astronomi berpeluang meyaksikan planet Zuhrah dengan mata sendiri. Seingat aku pada tahun 2010 yang lalu berpeluang menoropong planet Marikh dan kali ini, pastinya tidak akan melepaskan peluang meneropong planet Zuhrah pula.


Planet Zuhrah

Planet Zuhrah atau dikenali sebagai Venus dalam bahasa inggeris yang bermaksud Dewa Cinta dan Kecantikan. Merupakan planet Kedua terdekat dengan matahari. Saiznya hampir sama dengan bumi, hanya berbeza kurang 650km berbanding bumi.

Pada 6 jun 2012 nanti, Planet ini akan mengorbit matahari, sejajar dengan kedudukan bumi. Matahari, Planet Zuhrah dan Bumi. Maknanya planet ini akan berada ditengah-tengah. Fenomena ini akan dapat disaksikan selama 6 jam bermula terbit matahari pada pukul 7.12 pagi sehingga 1 petang. Dalam jangka masa tersebut planet Zuhrah dan Bumi sama-sama mengorbit matahari sejajar dan sebaris.

Dipadang kawad USM nanti teleskop akan disediakan oleh Kelab Astronomi USM. Teleskop beberepa biji, namun peminat yang ramai akan beratur untuk menyaksikan planet nanti. Semasa beratur hendak meneropong planet Marikh dulu, ada seorang makcik seorang peminat astronomi veteran sedang menggunakan teleskop.

Makcik tu dengan asyik meneropong, namun yang menggelikan hati aku. Dia guna teleskop terbalik, jadi rasanya tidak nampak apa-apa sehingga ada seorang kakitangan membantu. Terdapat buku terkenal sempena nama planet ini bertajuk Men are from Mars, women are from venus.

Thursday, 31 May 2012

Forgive And Forget Or Forgive And Comeback?

Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...