iklan. Jangan klik hahaha...

Monday, 12 December 2011

Bila bibir bertemu bibir

Tadi hari ahad, hujan sepanjang hari. aku tak kemana-mana, tengok katil macam enak memanggil-manggil, selimut dan bantal juga membantu, makan sudah, solat pun sudah. Lalu aku menyahut seruan katil dan rakan-rakan sekalian. Malam mata rasa segar bugar.

Harapnya dari huruf pertama aku taip, blog aku jadi segerun keretamayat.. woha! atau semerah blog redmami huhuhu... tak pun jadi lebih baik dari casablander.com. Dari blog dia la, aku terjenguk dan terasa nak bikin blog juga.

semalam aku ada buat agar-agar milo. sampai kucing aku pun ngairah nak merasanya juga, aku bagi secebis, habis, secebis lagi habis. Lalu aku bagi lagi besar, tak dimakan pula :) huhuhu...
Petangnya, taik dia sebijik macam milo hahahahaa.... moralnya apa yang kita bagi dan sogokkan itulah yang akan kita dapat, kalau kita asyik nak marah-marah je 24 jam. muka macam lembu sakit perut. orang pun naik menyampah dengan kita. Nak-nak orang tu pun tengah tensen ada masalah sendiri, tengok muka kita macam lembu sakit perut, lagi tensen orang tu.. Senyum.. tak susah, percuma dan dapat pahala sedekah lagi. Apa??? gigi kau buruk? takde gigi? senyum jangan bagi nampak gigi, senyum bibir bertemu bibir :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...