iklan. Jangan klik hahaha...

Thursday, 2 February 2012

Petua hilangkan batuk


Batuk merupakan satu jangkitan dikerongkong. Menyebabkan rasa gatal-gatal dan ingin terbatuk. Bila kita terbatuk, kesan utama ialah pada paru-paru,

 Organ ini bekerja melebihi had dengan mengepam udara untuk batuk, tekanan ini boleh menyebabkan paru-paru cedera, dan jika teruk batuk akan berdarah. Minum air suam dpt mengurangkan gejala batuk selain mengelakkan makanan brminyak.

 Cara minum ubat batuk yg betul ialah minum dgn cara perlahan,biarkan ubat lalu dibahagian kerongkong dan kekal disana dlm tempoh yg lama.

 Ubat batuk untuk kerongkong yg sakit bukan untuk perut. jika terlebih minum akan memudaratkan perut kerana sifat ubat ini yg menghakis.

Sila dapatkan nasihat doktor yg bertauliah, post ini bertujuan untuk memberi sedikit info. Yang sebaiknya adalah doa kepada Allah, penyakit dari Nya, penawarnya juga pada Allah, ubat hanya medium.

Namun ada petua-petua dari orang tua untuk menghilangkan batuk. Caranya ialah :

1. Limau Kasturi

2. Kicap

3. Air suam.

Cara-caranya, perah 2,3 biji limau kasturi didalam air suam, dicampur sedikit kicap.

Bancuhan ini diminum, InsyaAllah dengan Izin Allah batuk akan berkurangan.

Jika tiada limau kasturi, limau nipis pun berkesan. Perah sebiji limau nipis, dalam segelas air suam, minum perlahan-lahan, biar air limau ini melalui kerongkong yang gatal dan ada kahak tu.

Air suam dapat mencairkan kahak, manakala limau nipis yang kaya dengan vitamin C akan dapat melegakan batuk. Amalkan seawal bangun tidur sebelum mandi diwaktu pagi. Kita beriktiar, selebihnya kuasa Allah.

Persediaan tidaklah lama, 5 minit mungkin. Murah dan berkesan.

Selamat mencuba :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...