iklan. Jangan klik hahaha...

Hadiah Hari Jadi



Sempena bulan kelahiran aku bulan Mac ni, aku dapat hadiah hari lahir dari buah hati pengarang jantung. Jom kita sama-sama buka apa hadiah yang aku dapat sempena hari jadi aku kali ni. Sila tengok gambar dibawah :)


Bila tiba hari jadi seseorang biasanya kita pening tidak tahu hendak beri hadiah apa untuk seseorang. Sama ada best friend kita, rakan taulan lain, adik beradik dan famili lain dan terutamanya buah hati.

Kalau banyak peruntukkan ditangan beli je gadjet femes terkini, iphone, ipad, Galaxy Tab, Macbook Air, Canon EOS 60D (aku nak miliki satu DSLR Canon EOS 60D ni) Gerenti itu hadiah terbaik, dan si penerima senyum meleret ke telinga sampai tarikh lahirnya tahun depan! tapi tak semua mampu dan sepemurah itu. Hendak beli untuk diri sendiri pun sakit, masakan beli dijadikan untuk hadiah orang lain.

Bila pening memikirkannya, maka carilah apa yang menjadi kesukaan orang itu. Aku pernah mendapat Gundam. Memang Gundam peberet aku sejak dulu. Terima kasih kepada yang memberi. Sudah dua orang 'teman baik' yang membelikan aku Gundam.

Tapi Gundam yang aku dapat tahun 2011 dulu, tak pasti hadiah hari jadi atau tidak. Sebab lewat sebulan. Dan atas sebab-sebab teknikal, si dia terlupa hari jadi aku.

Orang tak bagi hadiah hari jadi kat kita, sejujurnya tak kisah pun. Cukup sekadar dapat ucapan kat SMS atau Facebook. Melainkan orang yang tak berapa nak betul, difikiran dah di-Set-kan untuk dapat hadiah hari jadi setiap kali menyambutnya.

Tapi, jika orang yang rapat dengan kita. Kekasih hati lupa hari jadi. Something wrong somewhere! kalau kawan-kawan lupa, bolehlah dipertimbangkan. Ini kekasih hati lupa tarikh, dan siap minta nak tengok kad pengenalan lagi. Padahal dah hampir dua tahun bersama. Dan yakinlah hubungan itu tidak kemana. Benda nampak remeh. Tapi benda remeh temeh semacam inilah yang menjadi pisau memutuskan hubungan.

Sempena bulan kelahiran aku bulan Mac ni, aku dapat hadiah hari lahir dari buah hati pengarang jantung. Jom kita sama-sama buka apa hadiah yang aku dapat sempena hari jadi aku.










Hadiah dalam bungkusan






Buka......








Buka lagi..... nervous huhuhu..






Dan akhirnya.....


















Isi perut yang ditelanjangi...







Sebentuk jam tangan Jenama Casio. Macam tahu-tahu je, aku peminat jam Casio. Dari sekolah rendah lagi aku pakai jam Casio. Masa tu abg aku yang kerja Singapura belikan. Dalam kelas asyik dok tengok jam tu je, pastu ada budak pompuan perasan dan perli "amboi asyik dok tengok jam dia je"... malu huhuhu.. Tapi sayang jam tu tak lama dengan aku, bukan jodoh kot. Tercicir masa dok bermain zaman kanak-kanak dulu. Pastu, abg aku bagi lagi jam Casio masa sekolah menengah sampailah belajar Universiti pakai. Hampir sepuluh tahun, bila bateri hampir lemah dan perlu ditukar, aku pusakakan pada adik aku. Dia yang pakai pula.

Aku beli jam baru, jam Casio ke -3. Tali getah, malangnya satu hari. Tali getah tu dimakan lipas-lipas  durjana. Aku malas nak tukar tali, lagi sekali aku pusakakan pada adik aku bila dia keluarkan duit dia tukar tali baru dan minta nak jam tu. Dan lagi sekali aku beli jam Casio ke-4 pada tahun 2009, hadiah untuk diri sendiri hari jadi tahun tu. Sekarang masih utuh dan setia bersama aku. Tapi banyak calar-calar dan nampak usam.

Dan bila dapat jam baru ni, yang lama tetap dihati. Pakai yang baru. Moga yang baru ni lebih baik dari yang lama :) macam kekasih hati juga. Kenal awek lama pun tahun 2009, berpisah 2012. Dapat awek baru dan dapat jam baru. Jam simbolik awek hahahaa...




Pakai...










Ini jam Casio yang aku beli tahun 2009 tu.. jenama Casio memang tahan. Tapi apa-apa jenama pun tahan kalau harganya tinggi, macam Swatch pun ok dan nak mewah dan rasa duit tak habis nak pakai beli la Rolex yang berpuluh ribu ringgit tu. Aku promote Casio sebab dah biasa dengan jenama ni sejak kecil. Ada sentimental value dan ada pengalaman tersendiri. Jangan beli pasar malam sudah, hari ni beli, esok dah mati hahahaha..




ps : Terima kasih Dear, andai masa dihentikan aku tetap menyintai dan menyayangimu :)


(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...