iklan. Jangan klik hahaha...

Saturday, 31 March 2012

Kenapa Lagu Bawaku Pergi Diharamkan

Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan digantung penyiarannya oleh Kementerian. Kalau tengok dari lirik ni, memang ada sedikit unsur negatif. Tapi bagi pendengar macho dan matang macam aku sedikit pun tidak terpengaruh. Tapi.....

Tapi, tahukah anda lagu juga dapat merangsang seseorang. Memotivasikan seseorang dan menaikkan semangat seseorang. Menambahkan rasa cinta pada pasangan, pada keluarga, pada negara hanya kerna sepotong lagu. Cuba nyanyi lagu Negaraku atau Inilah Barisan Kita dengan penuh semangat. Apa rasa anda?

Jadi, lagu juga berperanan membentuk sahsiah seseorang. Jika lagu tu berunsur positif, maka positiflah peminat lagu tu. Ada orang suka dengar lagu yang cuba menaikkan semangat untuk melupakan seseorang seperti lagu penyanyi British - Adele. 

Lirik dan lagu Adele berkisar pasal kekecewaan hubungan yang tidak kesampaian. Namun, lirik dan rentak lagu semacam memberi semangat pada penyanyi. Dan pendengar juga bersemangat sepertinya. Genre lagu ini mengajak audien melupakan pasangan dulu. Cuba survive dan boleh hidup tanpanya. Orang yang minat lagu Adele ni, punya semangat seperti itu. Kuat dan tabah untuk melupakan si dia.

Berbeza dengan tema kebanyakan lagu Indon seperti Zivilian Band, ST12 (sekadar menyebut beberapa nama). Temanya mengangkat kesetiaan kepada pasangan dalam percintaan. Orang yang minat lagu ni, semangat untuk setia pada pasangan adalah tinggi. Lirik dan lagu mendorong pasangan yang sedang bercinta setia pada pasangan.

Ada juga lagu yang rasa bersalah pada pasangan samada curang atau tidak menghargai cinta atau tidak melayan cinta seseorang dahulu. Terbaru lagu sofaz Pencinta Terbaik. Band Sixth Sense pula kebanyakan lagu dan liriknya menonjolkan rasa bersalah pada pasangan, rasa penyesalan.

Mudah untuk menjangka keperibadian seseorang kalau kita tahu lagu genre mana yang dia minat. Peminat lagu hindustan rasanya seorang yang penyayang. Tapi tak smestinya orang yang minat lagu Black Metal tu, amalkan ajaran sesat Black Metal, tapi peminat lagu ni semestinya gaya pemakaian, percakapan dan cara hidup lebih terarah kepada Black Metal. Itulah penulis tekankan, lagu penentu sahsiah diri.

Kekadang kita minat lagu yang terkena kat batang hidung sendiri, seperti baru jatuh cinta kita akan suka dengar lagu-lagu tema jatuh cinta lagi. Bagi yang putus cinta, akan menghayati lagu putus cinta. Dan nak semangat dengar lagu Adele dan dengar genre yang sama. Tapi tak semestinya minat lagu yang kena kat batang hidung sendiri.

Kalau ada orang minat lagu 'Ayahku Kahwin Lagi' tak semestinya ayah dia nak kahwin lagi hahaha... dan lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan ni, yang digantung siarannya. Rasanya liriknya banyak juga unsur negatif dan kemaksiatan.

Bayangkan lirik lagu yang ajak awek atau pakwe pergi jauh tanpa pengetahuan ibu bapa dan kawan-kawan lain. Pergi ke luar negara kot bawa pasport. Dan maksud tersirat bagi pemikiran kuning (macam aku hahaha), pacu laju-laju semacam bermaksud henjut laju-laju ketika melakukan hubungan seks. Aku pacu kau bonceng juga seakan bermaksud hubungan seks.

Cerita ringkas liriknya, pasangan yang keluar bersama, lakukan hubungan seks. Meminta pasangan rahsiakan dari pada sesiapa pun. Lepas kali terakhir melakukan seks, meraka tidak sabar untuk melakukan seks lagi. Belum puas... Tapi, kali ini mereka ingin pergi keluar negeri, dengan buku merah - pasport. untuk buat maksiat dengan meninggalkan segala kewajipan tak solat.

Abaikan jika tidak berapa betul. Tapi yang tahu maksud sebenar lirik lagu ini mestilah tuan penulis lirik. Orang yang berfikiran negatif akan fikir negatif je, dan yang berfikiran positif akan fikir positif. Dengar lagu ni masa pergi dan balik kerja di radio enjoy je. Tapi bila terbaca paper lagu ni digantung, cuba cari liriknya dan simpulkan sendiri. Ingat lagu boleh bentuk sahsiah diri juga, tak banyak pun ada sikit-sikit...


Lirik Lagu Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...