iklan. Jangan klik hahaha...

Monday, 5 March 2012

Penat - Gembira - Insaf

Fuhhh.. penat giler drive dari Penang - Klang - Pahang - Klang - Penang. Driveton.
Baru sampai tepat kul2pagi tadi. Coret kat blog untuk rujukan masa depan :)

3 Mac, 4 Mac hari gembira buat aku. Aku jejak Sungai Lui, lagu Izzat tu, sayang tak sempat ambil gambar.

Penduduk Pahang yang ramah tamah.

Aku parking kat halaman berlumpur, lumpur tu aku bawa sampai ke Penang.

Masa kat Negeri Sembilan, sempadan Pahang, hujan yang sangat lebat. Menghalang penglihatan, malam gelap pekat dengan hujan maha lebat. Nasib baik GPS comel kat sebelah bagi Navigation hahaha... walau kekadang GPS comel tu terlajak dan tersasar bagi navigation.

Dekat-dekat nak sampai destinasi Kampung Tan Sri Hamzah, Daerah Triang, Bera. Satu kemalangan berlaku, mungkin hujan lebat. Aku tengok ada 2 biji motor atas jalan, dengan 2 orang anggota polis, menyuluh-nyuluh dengan lampu. Serius, memang gelap dan kabur masa tu. Kalau takde cik polis, mungkin ada pula yang langgar motor tu.

Pagi esok, tengah sedap makan nasi lemak buatan 'bakal mak mertua' :). dikejutkan dengan berita salah seorang anak penduduk meninggal kemalangan motor, rupanya kemalangan yang aku nampak malam tadi meragut nyawa anak penduduk situ. Umur 16 tahun perempuan.

Maut tak mengenal usia dan darjat, bila-bila masa boleh menjemput kita. Cuma kita kena bersedia dan ada bekalan jika dijemput ke sana. Cukup-cukuplah sakitkan hati orang. Andai kita pergi sebelum meminta maaf kepada orang itu bagaimana?

Maka betullah dikata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman. Untuk makluman, buat pertama kali aku memandu ke Selatan berseorangan, berbekalankan telefon bimbit berGPS yang habis baterinya bila dah dekat nak sampai Klang. Hilang punca disitu.

Panggilan sicomel (si comel? macam kucing je hahahaha..) menyelamatkan dari tersesat jauh, ngam-ngam nak pilih simpang mana patut dituju. Si Dia memberi arahan seperti GPS hidup lagaknya. Sampai ke muka pintu juga.

Lumpur yang dihalaman tu sebenarnnya, ayah si comel, mencangkul sejak berberapa bulan sudah,untuk meratakan tanah. Katanya senang kereta nak masuk parking, dan senang nak majlis kenduri Kahwin nanti nak letak kerusi meja. Majlis kahwin aku nanti kah ayah pakcik?

Aku penat nak tidur, walau banyak benda nak tulis disini.

P/S : Aku rasa hari lahir kali ini, aku dapat hadiah paling bernilai, i know it and i can feel it. For a long time i hard to get this feeling. Feeling to love somebody and get that feeling also. Hati tengah berbunga-bunga.. Yup, aku jatuh cinta lagi. What dont kill you, make you stronger. Semoga Allah jauhkan rasa cinta ini dari bunga-bunga dosa dan jauh dari bisikan Syaitan. Semoga ada restu dari orang tua dan redha Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...