iklan. Jangan klik hahaha...

Cara Untuk Dapatkan Follower Yang Banyak Di Blog

Tajuk diatas adalah amat Bulls**t bagi blog yang tak ramai follower macam aku hahahaha... setakat ni ada 15 blogger je yang follow secara ikhlas dan jujur dan dengan baik hati sekali. Tentunya blog yang menarik dan kebaboomm dengan sendirinya akan menarik follower yang ramai.





Bagaimana untuk menarik follower yang ramai, tentunya masa dan tenaga diperlukan juga. Tenaga tak lah sangat kot. Main petik-petik dan gerak-gerak mouse je. Masa je yang diperlukan. Masa untuk menerjah blog orang dan suruh orang follow kita balik... " aku ada disini, dan aku follow kau, follow aku balik" tu biasa ayat yang biasa ditinggalkan.

Dan dengan kengkangan masa, tiadalah sempat untuk menerjah blog-blog orang lain diluar sana. Ada seorang kawan blognya hampir mencecah seribu follower dari 14 orang follower. Caranya ialah dengan membuat target. Dalam sehari katakan menerjah dan follow blog orang dan suruh orang tu follow blog kita balik. Atau dengan meninggalkan komen-komen tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kalau nasib baik orang tu akan follow kita.

Bayangkan jika dalam sehari kita dapat mencari 10 orang follower, kalau sebulan? setahun? banyak jugakan. Dan tentunya banyak blog kita kena singgah. Tanpa baca, terus tinggalkan pesanan di kotak chat atau di ruangan komen menyatakan sudah follow blog tersebut dan menyuruh mereka follow balik.

Aku jarang dan kurang usaha kearah itu, tapi ada beberapa blog yang aku follow tanpa jadi follower blogger tu, antaranya Ohtidak, blogserius, Casablander, KancilBiru dan Abyrad sekadar menyebut beberapa nama. Mereka juga kadang-kala singgah dan baca blog ini. Itu dikira follower yang betul-betul follow.

Apa guna jika ada follower yang beribu tapi yang betul-betul follow beberapa kerat je (nak sedapkan hati aku yang tak ramai follower hahahaha..). Nak dapatkan follower senang, tapi nak dapatkan follower yang betul-betul mengikuti blog kita agak sukar.

....Bersambung nak gi solat jumaat :)

3 comments:

nurdhiasinarcahaya.blogspot.com said...

senang2 folow la kite balik...huhu..
selalulah baca artikel kt blog pedoman hati

Unknown said...

selalulah follow blog kite pedoman hati yer...

nrtkah said...

tpi blog sy just cerita sy. Tiada yg mnarik mngkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...