iklan. Jangan klik hahaha...

Bayi 16 Jun 2012

Sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 2008, masih tidak dianugerahkan anak. Walau bermacam cara dicuba namun hasilnya hampa. Jalan terakhir ialah dengan mengambil anak angkat.

Lalu, pasangan ini dipertemukan dengan seorang wanita Indonesia yang sarat mengandung oleh teman-teman yang mengetahui pasangan ini menginginkan anak. Wanita ini, susah dan tidak mampu lagi menjaga bayi yang bakal dilahirkannya. Suaminya sudah balik ke Indonesia dan tidak menghiraukan isteri yang sarat mengandung.

Satu perjanjian dibuat antara wanita yang bakal melahirkan bayi ini dan pasangan yang menginginkan anak itu. Wanita ini akan menyerahkan anak yang dikandungnya kepada pasangan ini.

Begitu menurut cerita kawan baik awek aku, semalam aku berpeluang melihat bayi yang comel ini, namanya diberi Mohd Hazin Herman. Kata ibunya ( ibu angkatnya) Hazin bermaksud seorang yang penyabar dan cerdik. Pasangan tu ialah kakak kepada kawan baik aku ni.

Bayi tu tidur, tidur, tidur, tidur. Bila buka mata menangis, bagi susu diam. Tidur, tidur, tidur, tidur balik. Nanti dia bangun menangis minta susu, bagi susu diam. Tidur lagi, comel. Umurnya baru beberapa hari, lahir pada 16 jun 2012. Umur baru 9 hari setakat artikel ini ditulis.

Bila dia bangun, aku cuba memegang dan mendukungnya. Takutlah pula, macam terlalu lembut dan seakan fragile sangat. Fuhhhh.. camne nak jadi bapa nanti ni huhhuhu.... aku google jap pasal perkembangan bayi yang baru lahir.

Menurut website tu, bayi yang baru lahir hanya dapat melihat dalam jarak 30cm sahaja. Oleh itu, dia hanya dapat melihat wajah ibunya yang menyusukannya sahaja :), ia juga suka melihat wajah orang terutama wajah ibunya. Sudah boleh respon bila kita bercakap dengannya dengan berbunyi 'uuhh' 'aahh'. Betul, bila aku bercakap dengannya memang bunyi tu yang keluar.

Bayi yang baru lahir juga tengah belajar tentang dunia baru yang mereka tempuh. Segala sentuhan, percakapan, apa yang dilihat merupakan maklumat dan sumber pembelajaran mereka. Jika terlalu banyak rangsangan dikenakan pada bayi tu, mereka akan mengantuk dan menangis. Yela, cuba esok nak exam kita baca banyak perkara yang belum dibaca lagi. Kalau tak tertidur atas meja study, mungkin kita pening atau menangis macam bayi tu.

Mereka yang bakal bergelar ibu dan ayah kena belajar banyak benda untuk menjaga bayi ni. Seeloknya dengan ibu kita atau kakak kita yang lebih dahulu memakan garam.

Aku dah mula rindu dengan Mohd Hazin ni, jarang-jaranglah dapat tengok nanti. Kalau aku ke Selangor baru berpeluang. Aku pula di Utara tanah air. Nanti pergi selangor serampang dua matalah, jumpa buah hati dan jumpa Hazin.

Moga Hazin akan menjadi anak yang baik nanti. Sudah takdir dari Allah perjalanan hidupnya begitu. Kekadang aku rasa sedikit sedih tengok bayi sekecil itu terpisah dari ibu sebenarnya. Aku pernah ada kawan baik yang kebetulan lahirnya 16 Jun. Nasib hampir serupa. Ibu angkat atau tidak, kasih sayang adalah sama. Aku tahu pasangan itu cukup gembira dan bersyukur dengan kehadiran Hazin.

Jika Hazin membaca artikel ini kelak, ibu dan ayah sangat menyayangi Hazin. Ibu sebenar Hazin ada masalah sendiri yang diluar kemampuannya. Semuanya atas urusan Allah. Bersyukur kita dilahirkan kedunia ini - Remember you are not unwanted child, you are not trouble maker. You are gift from Allah to your famili. We love you since you are born.


Hazin dah bangun, keadaan ni dipanggil sedar aktif. Atas dahinya tu tisu basah, kata ibunya untuk elak sedu.



bila dah kenyang tidur balik.


Tidur lagi, dan lagi... moga cepat besar :)

Kakinya yang kecil comel berbanding tangan aku.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...