iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 5 August 2012

Apasal Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan

bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada

tiang,

... Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah

senang,

negara pun dah aman tidak lagi hidup

berdagang,

takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku

tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak

bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah

senang

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak

kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai

petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur

panjang

Apa la aku ingat masuk syurga boleh

hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya

panjang

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun

sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang

siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu

panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak

siapa boleh halang

Sembahyang lah Kamu sebelum

Kamu disembahyangkan!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...