iklan. Jangan klik hahaha...

hohohohoho.... Balik Kampung

Esok balik kampung, minggu ni prepare apa yang patut. Lesen dah tamat tempoh pun tak sedar, nasib baik perasan masa belek-belek dompet. Sambung lesen penuh, dah tak pakai P dah huhuh.. dah dua tahun maknanya buat lesen ni. Semalam keluar pergi JPJ berdekatan Politeknik Balik Pulau. Orang ramai, tiada tempat untuk parking.




Cari punya cari, takde yang dekat-dekat JPJ, lalu parking tepi jalan dekat Kondo Kristal Suria. Dah tak berapa jauh, lalu aku menapak menuju JPJ. Pelik, pejabat JPJ ni takde. Tengok-tengok, jengok-jengok lagi. Memang takde. Ofis tu ada tapi macam tutup. Nak kata tutup, semalam bukan cuti pun. Ke JPJ ambil cuti hari tu huhuhu... Malas nak buat andaian, aku masuk kedai mamak berdekatan tanya cashier yang sibuk tengah kira duit tu.

"macha itu JPJ sana mana pergi ye"?
"Sudah tutup, diorang sudah pindah"
"pindah mana"?
"Tempat lama"
"Tempat lama?, tempat lama tu kat mana"?
"Dekat Batu Uban"
"Batu Uban, dekat area mana ye"?
"Itu USM, U tau ke"?
"Tahulaa, itu tempat saya kerja"
"Dekat situ laa.."
"Thank you macha"

Laaa, baru aku ingat dulu JPJ dekat dengan USM je, ofis yang tutup ni sementara diorang nak renovate yang lama. Bila kau sampai tengok bangunan meriah dengan warna oren. Parking plak satu hal lagi, penuh. Ada awek cun tengah jalan-jalan ngan mak dia menuju ke kereta. Sempat aku jeling dia dan dia jeling aku. Jap lagi dia blah, aku boleh amik parking dia.

Lama aku tunggu, tak nampak mereka macam nak pergi, aik. Lepak dalam kereta ke? Ada seorang pak gag india dari tadi memerhatikan aku.

"halo encik, mahu parking ke"?
"Ya"
"U boleh masuk dalam, tapi sekejap la, nanti terus keluar"
"Baik"

Pak gad tu buka sekatan yang dibuat dari kon dan rantai plastik. Macam VIP plak aku dapat parking dalam. Dalam tu untuk kakitangan JPJ je.

Masuk, tekan nombor. Adess ada 28 orang lagi didepan, untuk bunuh masa, mesej-mesej ngan awek tanya dia masak apa untuk berbuka huhuuh...

"Dua, lima, dua. lapan. Kaunter empat"

Giliran aku, kena RM45 tukar P ke baru untuk setahun. Sekarang tarikh tamat tempoh lesen berdasarkan tarikh hari lahir. 2014 baru habis. Setel pasal lesen.

Tadi, pergi basuh kereta, isi minya full tank, isi angin. Esok dah boleh balik huhuhu... Rasanya mesti jem, semua pakat berebut nak balik esok. Pape pun semoga semua orang yang balik kampung, selamat sampai ke kampung masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan aku dengan apa yang berlaku...






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...