iklan. Jangan klik hahaha...

Padah Ponteng

BEIJING – Seperti pepatah “buat baik

dibalas baik, buat jahat dibalas

jahat,” begitulah takdir menimpa

seorang pelajar yang cuba ponteng

sekolah.

Gara-gara ingin melarikan diri dari

kelas, De Fang menderita kesakitan

amat sangat selepas bahunya

ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari

kelas dan memanjat pagar

sekolahnya di daerah Suixi di

wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah

dan tergelincir, menyebabkan satu

daripada bilah pagar itu tercucuk

bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De

menjerit sekuat hati untuk meminta

tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya

segera didengari pelajar lain yang

bertindak pantas menghubungi

pihak sekolah.

Anggota bomba kemudian

dikejarkan ke sekolah untuk

menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba

terpaksa mengangkat tubuh De ke

udara untuk beberapa ketika

sebelum mereka dapat memotong

pagar berkenaan. Dia kemudian

dikejarkan ke hospital tempatan

untuk menjalani pembedahan

kecemasan.

Jurucakap hospital berkata, doktor

memerlukan masa kira-kira sejam

untuk mengeluarkan bilah besi itu

sebelum dapat merawat

kecederaannya. Sementara itu, De

berkata, dia berasa begitu gementar

ketika melompat pagar berkenaan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan

tapak tangannya basah kerana

berpeluh. “Saya tersalah langkah

dan tergelincir ketika memanjat

pagar,” katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...