iklan. Jangan klik hahaha...

Bekalan Air Terputus Di Sesetengah Tempat Di Kelantan Apa Puncanya?

Bekalan Air Terputus Di Sesetengah Tempat Di Kelantan Apa Puncanya?

Masalah ketiadaan air di Kelantan masih menghantui penduduk di sesetengah tempat di Kelantan. Apa masalah dan puncanya? Masalah ini bukan masalah baru malah telah lama dihadapi oleh penduduk negeri ini.

Jika ditanya pada pihak yang berwajib pelbagai masalah dilontarkan, pelbagai alasan diberikan. Hakikatnya pihak yang berwajib seakan memberi bermacam alasan. Paip bocor, tekanan rendah dan berbagai lagi alasan.

Untuk pengetahuan, bekalan air di Kelantan diselenggara oleh Air Kelantan Sdn Bhd - AKSB. Sila ke laman sesawang AKSB KLIK DISINI. Laman webnya cukup cantik. Kalau bekalan air tidak selalu terputus dan tidak bermasalah rasanya AKSB lagi cantik.

Tidak dinafikan negeri-negeri lain pun bermasalah dengan bekalan airnya. Pada bulan Mac tahun ini, penulis berpeluang ke Negeri Pahang, Negeri Kelahiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Satu kampung di daerah Kemayan kalau tidak silap. Bila sampai di kampung rakan penulis, emaknya memberitahu bekalan sudah terputus sejak beberapa hari yang lalu. Keluarga menggunakan air hujan yang yang ditadah dan air yang disimpan sebelumnya untuk kegunaan harian.

Isu ketiadaan air ini tidak boleh dijadikan isu politik, tidak kira siapa yang memerintah, masalah bekalan air tetap ada dimana-mana. Jadi apa yang berlaku sebenarnya? kenapa negeri kelantan yang diperintah PAS ada masalah air dan negeri Perdana Menteri yang diperintah Umno juga tiada air? apa punca?

Boleh fikir apa puncanya? jika duit masalahnya jikalau kes di Kelantan, bagaimana pula di Pahang? adakah masalah kewangan juga? Tolak tepi negeri-negeri lain. Ini kisah di Kelantan. jika kewanganlah yang dikatakan punca bekalan terputus di Kelantan. Maka, punca utama ini perlu diberi perhatian.

Media arus perdana seperti RTM dan TV3 sering memainkan isu air di Kelantan. Tapi lebih kepada politik. Mereka tidak menyelidik dan mengkaji apa punca masalah bekalan air di Kelantan bermasalah. Mereka lebih kepada melapor untuk kepentingan politik. Kenapa tidak melapor negeri Perdana Menteri yang juga ketiadaan air? tidak tahu? atau takut Mr.Big Boss marah?

Berbalik kepada Kelantan, jika duit punca masalah air di Kelantan. Maka tumpukan dan fokuskan duit untuk memperbaiki bekalan air dahulu berbanding bekalan air. Lupakan dahulu, jalan raya, lupakan dahulu Stadium yang canggih, lupakan dahulu projek-projek besar. Dahulukan duit itu untuk menyelesaikan masalah air.

Tapi benda ini tidak akan berlaku kerana rumah Menteri Besar Tuan Guru masih ada air, rumah pengarah AKSB masih ada air, rumah Ketua Polis Kelantan ada air, rumah datok datin dan kerabat masih ada air, rumah orang-orang kaya masih ada air.

Yang tiada air ialah penduduk-penduduk yang tidak pandai bersuara. Yang tidak tahu mereka ada hak dan suara. Mereka seperti tertindas tapi tidak tahu. Sikap tidak tahu dan tidak ambil endah masalah mereka inilah yang membuatkan masalah mereka makin berpanjangan. Bila rakyat tidak endah, maka kakitangan AKSB sibuk bermain Facebook hingga tidak tahu ada paip yang bocor.

Ini bukan tulisan membenci atau menghasut. Ini memberitahu tanpa menghina dan menyokong mana-mana pihak. Ada baiknya lupakan dahulu projek derma untuk lebuh raya. Rakyat Kelantan harus menderma untuk menyelesaikan bekalan air dahulu. Orang kampung yang daif yang tiada kereta, tidak memerlukan jalan. Mereka lebih perlukan air. Jalan penting tapi air lagi penting. Selesaikan air dan kita derma untuk jalan pula.

Ingat bukan Kelantan yang ada masalah air, Negeri Perdana Menteri pun ada. Kita rakyatlah yang mampu mengubahnya. Anda kata masalah air kecil? cubalah hidup tanpa air untuk satu hari.

Ps : Ada orang suruh gali telaga. Cadangan yang bagus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...