iklan. Jangan klik hahaha...

Getaran Jiwa

Nak tahu, blog kita tersenarai dengan baik diindex Google? Buat tajuk post seperti mana-mana blog. Contoh tajuk post ini Getaran Jiwa diambil dari tajuk post yang sama dari blog tertentu. Lakukan carian di Google berkenaan tajuk yang dibuat. Jika tajuk yang dicara tersenarai keluar. Blog kita yang paling atas, maka index blog kita adalah baik.


Bagaimana jika blog kita tidak tersenarai? kalau ada pun dibawah selepas blog orang lain? itu bermakna blog kita tidak begitu memuaskan SEO nya. Apa itu index? apa itu SEO? Untuk lebih faham cara kerja enjian carian Google ini. Katakan Google ini satu kedai runcit. Barang jualan ialah blog-blog dan websites lain. Pengunjung ialah orang yang datang ke kedai runcit untuk mencari sesuatu. Katakanlah pengunjung masuk kedai runcit tadi mencari produk 'Getaran Jiwa'. Pelanggan atau pengunjung ini mesti mengambil produk Getaran Jiwa yang mudah dinampak dimatanya. Ada banyak produk Getaran Jiwa. Tapi, pengunjung mengambil dirak yang didepan tanpa menjenguk rak dibelakang. Kalau dia menjenguk, itu bernasib baik.


Bagaimana hendak meletak produk kita didepan rak, senang pengunjung tengok dan ambil? jawapannya ada pada pemilik kedai runcit iaitu Google. Jenama yang selalu dicari orang pemilik kedai runcit akan meletak dirak didepan, supaya senang jika ada pelanggan datang bertanya, pekedai tidak perlu mencari lagi, sudah ada didepan rak dipintu masuk sekali. Itulah index, google telah menyusun blog yang selalu dicari didepan sekali.


Bagaimana cara hendak diindex oleh Google? Bagaimana caranya untuk tingkatkan SEO? itu mengikut kekreaviti masing-masing. Kalau ada banyak masa, anda boleh meninggalkan komen diblog yang anda kunjungi dengan harapan mereka berkunjung ke blog kita juga. Boleh juga post yang kita buat di blog, dipromosi di wall Facebook, kawan-kawan Fb pasti akan mengunjungi blog kita. Namun, yang penting isi blog yang berkualiti, memberi ilmu akan sentiasa menarik pengunjung tanpa promosi. Pemilihan tajuk juga penting.


Katakan tajuk post Getaran Jiwa ini ditukar kepada "Getaran Jiwa perempuan bodoh yang meninggalkan kekasihnya" tajuknya lebih dramatik, catchy dan buat orang ingin tahu. Dan kalau hendak tahu rahsianya, buatlah tajuk yang ramai orang ingin tahu maka beratus-ratus, malah beratus orang akan mengunjungi blog kita. Banyak blog yang berjaya yang dikunjungi ramai post yang paling popular ialah berkaitan dengan seks.


Namun, dalam berbloging perlu ada etika. Jangan sampai membuat dosa kering dengan post yang dibuat. Jangan menyakiti hati orang. Menyebarkan fitnah dan berita palsu dan tak berguna semata-mata ingin meningkatkan trafik blog.


ps: Kahkahkahkah... ada orang turunkan pergaulan. Semata-mata nak tingkatkan trafik blog dan nak mengejar duit nuffnang. Dia tidak tahu nuffnang juga bentuk MLM terancang kahkahkah.. jangan bazirkan masa kejar duit Nuffnang, cukup letak iklan dan berblog seperti biasa, berblog dari hati dan bukan untuk menyakiti...


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...