KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan
sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM,
Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan
beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan
yang dibuat penyampai radio itu.
"Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita
akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah," katanya
kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu
Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada
Khamis.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah
Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana
kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu
di sekitar jalan Sunway dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik
tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu
menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.
Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay
tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan
perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan
nombor badannya.
Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.
Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan
Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.
“Saya juga akan ke Bukit Aman esok (Jumaat) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita
mengenai kes ini disiarkan di media.
"Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya.
Kahkahkahkah.. Ketua Polis Negara kecewa ada anggotanya minta rasuah dari Deejay Radio Suria FM,
Kahkahakah... dia tak tahu ramai lagi anggotanya yang minta rasuah..
Kahakahakah.. anggotanya silap minta rasuah dengan pengamal media..
Kahkahakah.. anggota itu akan diambil tindakan tegas dan akan dibuang keanggotaannya..
Kahakahakahkah.. kalau tindakan begitu, diambil bermakna ramai anggotanya kena buang..
Kahkahakah....dia tidak tahu, ramai anggotanya makan rasuah, kahkahkah...
Penulis sudah acap kali jumpa dengan anggota yang minta rasuah ini kahakahakah...
Sila siasat nombor motorsikal anggota ini PGE 4672, ada sekitar Penang meminta rasuah, perut buncit dengan rasuah..
Kalau aku report polis tu akan terlepas dan mungkin tiada bukti kukuh.. dan
Dan sebab aku bukan Deejay Radio kahkahakah.. orang tak kenal aku, dan suara aku tak didengari.
Kahkahkahakah.... Jangan kasi can pada polis minta rasuah kali ni,
Kahakahakah... tidak semua polis 'jahat' tapi segelintir ini memalitkan lumpur.
Report supaya yang membawa lumpur ini tumpas
Ambil no.badan, ambil nama, catat no.kenderaaan.
Ini bukan hasutan, ini peringatan kepada polis yang makan rasuah, yang baik hati jangan terasa dan teruskan kerja kerana Allah.
0 comments:
Post a Comment