iklan. Jangan klik hahaha...

Kisah Lelaki Yang Terjun Setinggi 36 Kilometer

Felix Baumgartner berumur 43 tahun, berasal dari Austria. Bekas seorang tentera payung terjun. Lelaki ini akan terjun setinggi 36 kilometer. Beliau akan menggunakan kapsul yang terikat dengan belon untuk ke angkasa. Bila sampai pada paras ketinggian yang diingini. Beliau akan memulakan penerjunan.

Keadaaan diatas sana yang berbeza dengan dibumi, tekanan atmosfera yang rendah, kekurangan oksigen. Peter akan menggunakan suit khas seperti seorang angkasawan untuk keselamatan dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Suit itu juga melindungi semasa penerjunan nanti.

Semasa keluar dari kapsul dan terjun dengan ketinggian 36 kilometer nanti, semasa jatuh ke bumi. Kelajuan Peter akan mengatasi kelajuan bunyi. Kelajuan bunyi ialah 1236km sejam. Bermakna dia akan bergerak melebihi 1236km/j kebawah.

Jika payungnya tidak terbuka saat sampai ke bumi. Nyawanya pasti melayang. Terjunan ini selain untuk memecahkan rekod jarak tertinggi manusia pernah lakukan. Selain itu, terjunan ini juga bertujuan mengkaji perubatan angkasawan. Jika berjaya, angkasawan akan ada peluang untuk hidup jika pesawat yang digunakan ke angkasa gagal berfungsi. Angkasawan boleh meloloskan diri dengan terjun dari jarak yang tinggi.

Ketua Perubatan bagi misi ini ialah Dr. Janathan Clark. Isterinya Laurel Clark seorang angkasawan terbunuh pada 2003 bila kapal angkasa Apollo 13 meletup semasa menuju ke Angkasa. Dr ini membuat kajian untuk keselamatan angkasawan semasa berlepas dan bila berada di angkasa kesan dari peristiwa kematian isterinya.




Ps : Semasa dikampung, seorang kawan penulis. Budin namanya memanjat pokok kelapa. Terjatuh dari aras yang tinggi tetapi panjang umur dan selamat kerana terjatuh ke dalam lumpur yang tebal dibawah pokok. Lumpur bertindak sebagai kusyen menahan impak.

1 comments:

Jahirah said...

high risk high return....tp mmg berisiko apa yg dia nak baut tu...
p/s:pnjng umur kwn tuan blog tu...alhamdulillah selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...