Kekadang tanpa sedar kita melukakan hati orang kita sayang. Tanpa sedar atau dengan sedar. Bila orang yang disayang melukakan hati orang disayangi, sakitnya cukup terkesan dihati.
Kita melukakan hati mak ayah tanpa sedar. Kita melukakan hati suami atau isteri kita. Kita melukakan hati guru, cikgu dan lecturer kita. Kita melukakan hati pasangan kita, kekasih kita. Balak,awek,marka,gewe.
Bila ada cinta, akan ada luka. Cinta datang dengan pakej. Cinta datang dengan pakej rindu, sayang, cemburu, prasangka dan juga luka. Jika bercinta terimalah pakej-pakej yang diterima bersama cinta ini. Itu lumrah bercinta.
Jika bercinta, halangan, dugaan akan datang silih berganti. Akan ada hati terluka. Akan ada rindu dan benci. Akan ada sakit hati yang membawa kepada kebencian. Dari sayang sepenuh hati membawa ke benci sepenuh hati. Pelik, tapi itulah cinta. Cinta dari kontek kekasih kepada kekasih.
Blog ini kekadang, ditujukan kepada 'bekas kekasih hati'. Tanpa sedar tulisan disini, tidak jujur. Lebih kepada melepaskan perasaan tidak puas hati kepada bekas kekasih. Lantaran akses untuk menghubungi disekata.
Penulis cuba ingin menerangkan letak perkara sebenar. Namun, bila mesej dan telefon tidak berjawab. Malah terus ditukar nombor. Facebook diblock. Medium untuk berbincang tiada dan terhad.
Blog ini dikunjungi 'bekas kekasih hati'. Mengambil kesempatan ini blog ini cuba menyampaikan mesej kepadanya. Tulisan dari akal akan baik dan elok bahasanya.
Tapi,jika tulisan berlandaskan emosi, amarah dan ketidakpuashati. Blog ini menjadi medan untuk 'menjahanamkan' hati orang. Itu jika si dia membacanya, maksud tersirat akan difahami. Jika orang biasa, anonymous yang membacanya tidak mengapa.
Bertambah parah, blog ini juga dibaca kekasih hati sekarang. Tulisan yang penuh emosi menjadi serampang dua mata. Meluka dan menyakiti keduanya. Blog tidak elok untuk menyuarakan ketidakpuashati, jika jalan bahasanya tidak betul.
Elok kiranya, blog jadi sumber ilmu dan tempat perkongsian ilmu. Bukan tempat berkongsi rasa hati. Kerana rasa hati kekadang akan disalah tafsir.
Moga blog ini yang umurnya belum mencapai setahun akan elok dan makin elok pengisiannya. Opss..blog ini ada membuat tajuk murahan untuk meningkatkan trafik. Cara yang difikirkan agak murahan dan mudah.
Apa guna berblog jika trafiknya kurang. Alhamdulillah, pernah mencapai pelawat yang unik mencecah 2000 sehari. Purata harian cuma 100 lebih pelawat unik sehari sahaja.
Pelawat yang ramai menjadi motivasi untuk menulis dan menulis. Cuma, malas untuk berusaha menambah follower. Biarlah pembaca dari blog lain memfollow dgn ikhlas.
"Follower setia" blog ini tentunya yang banyak terasa dengan tulisan disini. Moleknya, hentikan membaca blog ini. Namun, keinginan untuk membaca sukar dibendung. Jangan risau, entry mendatang tiada lagi "kejahatan" sebegitu.
Hidup tiada guna berdendam dan sakit hati antara satu sama lain. Orang kata, kemaafan adalah dendam terindah. Orang yang pemaaf juga akan tenang hatinya berbanding yang menyimpan dendam.
0 comments:
Post a Comment