Apa yang nak aku ceritakan sebuah kisah benar berlaku sehari sebelum Raya Korban. Ini bukan kisah aku, bukan..
------------------------------ ----------------
"Kawan-kawan abang semua dah kawin, abang je yang belum kahwin"! Kata
Alisa perlahan, tapi keras menusuk kedalam sanubari Budin.
"Bukan Abg tak nak Lisa, Abg nak..."
Belum habis Budin bersuara, Alisa memotong laju cakap Budin.
"Habis tu, kalau nak, masuklah meminang Lisa, dah banyak tahun kita kapel. Mak ayah selalu tanya pasal kita"
"Abg kesiankan Lisa nanti, abg betul-betul sayangkan Lisa. Abg tak nak
Lisa kecewa nanti" Kata Budin sambil mengunyah makanan macam acuh tak
acuh dengan apa yang Alisa perkatakan.
Kali ni, Alisa makin panas. Emosi perempuan cepat terusik.
"Kenapa, kenapa.. apa yang buat Lisa kecewa nanti? Lisa tak faham, cuba fahamkan Lisa..."!!!
"Hidup abg tak lama Lisa, tapi abg redha. Lisa carilah orang lain
sebagai teman pengganti abg" Kali ini, air mata Budin menitis, pun masih
mengunyah makanan.
"Kenapa abg nak mati ke? sihat walafiat je
Lisa tengok. Jangan buat alasan macam lembu" Alisa makin marah bila
dilihat budin jawab acuh tak acuh dan bagi alasan tidak masuk akal.
"Memang kita Lembu Lisa, esok pagi-pagi abg akan disembelih sempena
Hari Raya Korban esok, tapi abg redha. Ini perngorban paling besar untuk
umat Islam berbanding dengan cinta kita Lisa"
Alisa diam, kali ini dia pula mengunyah rumput rumput yang baru disabit oeh Pak Ali tuannya.
"Nasib baik aku masih kurus dan jaga badan tidak seperti Budin yang
gemuk asyik makan 24 jam mengunyah" Getus hati kecil Alisa. Dia redha
sekira itu pengorbanan Budin, dia terima dan yang penting dia masih
dapat mengunyah rumput esok pagi.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN... Adakah pengorbanan kita setara 'Budin' untuk Agama Islam, bangsa, dan negara?
Belum habis Budin bersuara, Alisa memotong laju cakap Budin.
"Habis tu, kalau nak, masuklah meminang Lisa, dah banyak tahun kita kapel. Mak ayah selalu tanya pasal kita"
"Abg kesiankan Lisa nanti, abg betul-betul sayangkan Lisa. Abg tak nak Lisa kecewa nanti" Kata Budin sambil mengunyah makanan macam acuh tak acuh dengan apa yang Alisa perkatakan.
Kali ni, Alisa makin panas. Emosi perempuan cepat terusik.
"Kenapa, kenapa.. apa yang buat Lisa kecewa nanti? Lisa tak faham, cuba fahamkan Lisa..."!!!
"Hidup abg tak lama Lisa, tapi abg redha. Lisa carilah orang lain sebagai teman pengganti abg" Kali ini, air mata Budin menitis, pun masih mengunyah makanan.
"Kenapa abg nak mati ke? sihat walafiat je Lisa tengok. Jangan buat alasan macam lembu" Alisa makin marah bila dilihat budin jawab acuh tak acuh dan bagi alasan tidak masuk akal.
"Memang kita Lembu Lisa, esok pagi-pagi abg akan disembelih sempena Hari Raya Korban esok, tapi abg redha. Ini perngorban paling besar untuk umat Islam berbanding dengan cinta kita Lisa"
Alisa diam, kali ini dia pula mengunyah rumput rumput yang baru disabit oeh Pak Ali tuannya.
"Nasib baik aku masih kurus dan jaga badan tidak seperti Budin yang gemuk asyik makan 24 jam mengunyah" Getus hati kecil Alisa. Dia redha sekira itu pengorbanan Budin, dia terima dan yang penting dia masih dapat mengunyah rumput esok pagi.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN... Adakah pengorbanan kita setara 'Budin' untuk Agama Islam, bangsa, dan negara?
0 comments:
Post a Comment