Tarikh 23 Oktober adalah tarikh terlepasnya seekor babi dari kandang pemilik babi. Setelah sekian lama, babi ini menggigit dan menanduk-nanduk tuannya. Menendang-nendang tuannya. Hari ini babi ini telah terlepas. Kandangnya tidak berapa kemas. Apatah lagi pemilik babi tidak bersungguh menjaganya.
Hampir setahun, setelah babi ini terlepas kandangnya. Luka gigitan pada pemilik babi ini masih ada. Kesan-kesan kencing, taik yang pekat busuk dikandangnya masih ada. Bekas makanannya. Tempat tidur babi ini masih ada. Entah kemana, babi ini menghilang. Mungkin mencari pemilik baru.
Kebiasaannya babi yang suka menggigit, jarang pemilik babi ingin membelanya. Kena pandai membuat kandang yang elok, yang tidak mudah babi ini menendang dan menggigit pemilik babi. Namun, bagi pemilik babi yang sudah biasa dengan sikap babi. Mereka boleh menjinakkan babi yang buas ini.
Pemilik babi ini masih teringat akan babi yang pernah dimilikinya. Bukan sebab sayang, tapi sebab luka yang ditinggalkan oleh babi ini. Parut ditangan kesan gigitan, kesan tendangan pada kaki. Semacam sukar untuk sembuh. Babi ini pandai menendang dan menggigit.
Sungguh pun pemilik babi bersungguh menjaga, membuat kandang, memberi makan, buat alas tempat tidur dari rumput dan dedaun kering. Babi ini seperti tidak mengenang jasa. Perangainya seperti seekor babi.. aaahh memang ia babi pun.
Kisahnya begini, pada suatu hari di hutan tebal, pemilik babi ini, yang sebelumnya belum dipanggil pemilik babi. Hanya seorang lelaki. Berjalan didalam hutan seorang diri. Kebiasaannya, diri akan merayau didalam hutan untuk mencari buah-buah hutan. Pokok-pokok hutan banyak menyajikan aneka buahan. Cuma, antara rajin dan tidak sahaja untuk mencarinya.
Disuatu pokok durian yang tiada buahnya, lelaki ini yang belum bergelar pemilik babi. Ternampak seekor babi yang tersepit seorang diri. Dicelah-celah akar, kakinya tersepit. Kesian, lelaki ini memotong akar yang membelenggu babi ini. Dan mendukung balik. Kakinya luka akibat kuat meronta. Lalu, dirawat dan dijaga sehingga sembuh.
Pada awalnya, babi ini agak baik. Manja dan suka bermain dengan pemilik babi ini. Namun, ada ketikanya babi ini akan merengus marah, jikalau nampak pemilik babi ini dengan binatang lain seperti kera dan musang peliharaannya.
Namun, setelah beberapa tahun. Babi ini mula sihat dan gemuk. Tenaganya makin kuat berbanding pemilik babi. Babi ini mula tunjuk kuasa. Ada sahaja perkara kecil yang tidak kena. Makanan yang selalu diberi, ditolak, air minum yang selalu diberi tidak diminum. Pemilik babi mati akal.
Babi ini lebih suka menguis-nguis tanah memakan cacing dalam tanah. Dan kadang kala, taiknya sendiri dimkan juga. Bila ditegur dan dilarang babi ini mula mengamuk. Mula, menggigit menendang. Tahulah pemilik babi ini, babi ini tidak suka tinggal dikandang yang dibinanya. Mungkin tempatnya diluar sana, dihutan sana.
Lalu, suatu hari pemilik babi ini. Berbisik seakan babi ini mengerti apa yang dibisik. "Babi, engkau akan aku lepaskan, seperti engkau tidak suka aku bersamaku". Babi yang seakan mengerti bahasa manusia ini, mengamuk marah. Matanya seperti ada air jernih. Pemilik babi juga kesian.
Pemilik babi cuba kuatkan hati untuk menjaga babi ini, walaupun ia digigit, ditendang. Makanan dan minuman diberi tidak disentuh dan dimakan. Biarlah dia digigit dan ditendang, dia akan jaga. Babi ini hanya seekor babi. Mana mungkin dia dapat berfikir seperti manusia biasa.
Yang diatas bukan Babi, di bawah ialah Babi
Hingga suatu hari, sewaktu menjenguk kandang babinya. kelihatan kosong, yang ada hanya taik-taik pekat busuk bercampur dengan air kencingnya sahaja. Walaupun, dia sengaja tidak mengunci rapat kandang babinya. Namun, rasa kehilangan babinya cukup terasa.
Babinya tidak pernah mengerti isihatinya, tidak pernah mengenang budi. Segala makan, minum, kandang yang tidak kena panas dan hujan disediakan. Babi ini lari juga. Hilang entah kemana. Mungkin berdesup masuk hutan tebal, hilang tanpa jejak.
Bekas pemilik babi ini bukan menyesal kehilangan babinya. Tapi, menyesal menolong ketika kakinya tersangkut di akar kayu dulu. Membuang masa merawat dan menjaganya. Kalaulah dia tidak pernah menolong babi ini dan tidak membawanya balik. Babi ini mungkin takkan menggigitnya.
Kandang yang ditinggalkan masih lagi ada kebusukan dan kebacingan setiap kali tercuim bau ini. Parut kesan gigitan serta merta terasa sakit.
"pergilah kau babi, tak ingin juga aku, kau kembali" bisik bekas pemilik babi itu.
Ps : Maaf bercerita tentang babi, bukankah babi ciptaan Allah. Cuma haram untuk disentuh. Apatah lagi untuk dimakan. Tersentuh boleh sahaja disamak. Termakan, mahu termuntah jika diketahui. Orang kata babi ada sejenis ulat yang tidak mati bila direbus dan dimasak. Masih kekal didalam daging menjadi punca penyakit.
0 comments:
Post a Comment