iklan. Jangan klik hahaha...

Macam Yuna


Aku ada anak saudara, tiga orang semuanya. Comel-comel dan manja-manja dan nakal-nakal dengan aku. Aku anak ke empat. Anak saudara memanggil aku Pak Teh. Biasanya dapat jumpa mereka masa cuti panjang sahaja.

Cuti raya selalunya dapat jumpa mereka. Yang kakak, Along berumur 9 tahun, tengah dipanggil Angah 7 tahun, dan adik 5 tahun. Mereka ni menetap di Johor. Ayah mereka merangkap abang aku kerja di Singapura.

Raya yang lepas dapatlah bermain dengan mereka ni. Si Along masa keciknya cukup nakal. Kepala pun dia nak panjat-panjat. bila besar, nakalnya berkurang sedikit. Walaupun semuanya perempuan nakal dan buasnya mengalahkan anak lelaki :)

Selalu yang jadi mangsa permainan mereka ialah laptop dan telefon bimbit aku. Puas bermain games di laptop, berebut pula main game di telefon bimbit. Angry Bird, Fruit Ninja, Unblock Me antara kesukaaan mereka bertiga.

Biasanya si Adik suka melihat kakak-kakaknya bermain. Ada satu game yang buat si kakak sampai termimpi-mimpi, game Zombie Vs Plants. Sampai dia bercakap-cakap Zombie tu dah dekat dan nak serang. Game seperti ini aku tidak galakkan lagi mereka bermain. Boleh pengaruhi minda mereka, jadi takut dan tertekan. Seeloknya biarlah game yang santai dan seronok, tiada tekanan dan enjoy.

Puas bermain games, mereka ambil-ambil gambar pula. Selepas itu ditengok dan gelak ramai-ramai. Dalam tengah melihat gambar yang mereka rakam tu. Mereka terpandang gambar seorang gadis persis Yuna.

"Pok Teh, ini gambar siapa? macam Yuna je"
"Itu memang Yuna, awek Pok Teh"

Mereka macam blur, seakan mahu percaya atau tidak. Ketiga-tiga beradik itu sudah konpius serta keliru. Lalu untuk menambahkan kekeliruan mereka. Aku tunjukkan lain-lain gambar, gambar aku dengan 'Yuna' pun ada. Aku bangga sekejap depan anak-anak buah, ber'awek'kan Yuna.

Hampir mereka nak percaya, salah seorang dari mereka berlari membawa telefon bimbit ke arah ibu mereka.
"Ummi, betul ke awek Pok Teh ni Yuna?"
Sambil tunjuk telefon bimbit. Umminya tidak menjawab hanya senyum tanda tidak betul. Anak-anak sudah faham bahasa ibu mereka.

"Pok Teh tipu, Pok Teh tipu"

Aku gelak je. Mereka pun tidak kenal Yuna, sekadar melihat dikaca televisyen sahaja. Mungkin gaya pemakaian tudung yang membuatkan mereka kata awek aku macam Yuna. Atau mungkin bibirnya seiris, aku rasa ada betulnya.

Yuna - Terukir Dibintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


2 comments:

Jahirah said...

hehee tak baik tipu budak2...em dlm pic ni yuna betul ke?

adaberada said...

ni laa gambar awek sy tu, macam Yuna tak? hehehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...