iklan. Jangan klik hahaha...

Mari Belajar komputer Part 1

Bagaimana cara untuk buat e-mel ?
Bagaimana cara untuk buat Facebook ?
Bagaimana cara untuk buat blog ?
Apa itu HTML ?
Apa itu coding ?
Apa itu hyper-Threading ?
Apa itu Google ?
Apa itu internet ?

Zaman dulu-dulu rasanya buta huruf boleh ditakrifkan tidak pandai membaca walaupun mengenal huruf. Zaman cyber, zaman teknologi, zaman IT atau information technologi ni. Penakrifan buta huruf boleh diberi kepada orang yang tidak tahu langsung hal berkaitan komputer.

Orang yang tidak tahu hal berkaitan komputer ni biasanya tidak minat berkaitan komputer. Kalau tiada minat, bagaimana mahu belajar? seperti seorang peminat komputer yang tahu serba serbi pasal komputer tapi tidak minat hal motorsikal. Bagaimana orang yang minat komputer ini akan tahu berkenaan motorsikal jika tidak minat langsung pasal motor?

Samalah juga dengan peminat motor yang tahu serba serbi tentang motor, bila tiada minat pasal komputer dia akan buta komputer. Langsung tidak tahu... kosong. Soalan diatas adalah soalan yang selalu ditanya oleh golongan ini.

Namun, kelebihan orang yang celik komputer ialah maklumat dihujung jari mereka. Hendak tahu pasal motor, Google sahaja. Apa sahaja boleh di Google. Dalam beberapa saat jawapan ditemui. Sama seperti orang yang pandai membaca dan tidak buta huruf dahulu. Mereka membaca dan mereka berilmu berbanding yang tidak tahu membaca dan buta huruf.

Sekarang orang yang tidak tahu langsung berkenaan komputer adalah golongan yang buta huruf. Darjah satu wajib ada kelas komputer ini, seperti kelas mengenal ABC dulu. Kalau masih ada yang tidak tahu pasal komputer.

Sekarang, orang - kanak-kanak kecil, budak-budak, dan orang dewasa semua sudah tahu pasal komputer. Anak-anak kecil sudah pandai menggerakan mouse walau sekadar bermain games. Kanak-kanak yang tidak tahu ialah kanak-kanak yang tiada minat untuk memegang, melihat dan menyentuh komputer. Atau pun keluarga tidak berkemampuan untuk menyediakan gadjet ini.

Jika masa ini masih ada yang tidak tahu apa itu e-mel. Soalan itu ialah satu soalan yang agak geram untuk menjawabnya. Pernah penulis ditanya soalan begini. Penulis bukan hebat dalam komputer. Tapi, emel itu ialah pengetahuan asas komputer dan internet.

Emel penting untuk membuka Facebook, Yahoo Messenger, dan hal-hal berkaitan internet lain. Orang yang tidak tahu apa itu emel ialah orang yang buta huruf dizaman sekarang.

Jawapan penulis bila orang bertanya begini ialah emel itu seperti telefon bimbit, boleh menghantar mesej, terima mesej, ada inbox, ada outbox, ada draft. Selepas diterangkan emel. Penulis menerangkan apa itu internet.

Apa itu internet ? internet ialah ibarat satu perpustakaan yang besar, yang didalamnya ada bermacam-macam buku. Macam mana ingin masuk pustaka ini ? kena naik bas, bas ini perlu dibayar dan ada yang percuma. Bas ini ialah Broadband Maxis, Digi, Celcom, P1 wimax dan bermacam lagi. Bas yang percuma ialah Wi-fi percuma dikedai-kedai mamak atau di Starbuck.

Sudah sampai pustaka bagaimana mahu masuk ? ada banyak pintu, masuk melalui pintu ini. Pintu-pintu ini ialah Pelayar atau browser. Internet Explorer adalah browser atau pelayar yang asas yang sudah ada dalam komputer. Bila sudah masuk melalui pintu yang bernama Internet Explorer ini kita sudah berada didalam pustaka. Cari apa sahaja yang dimahu. Kita boleh install pintu lain untuk masuk pustaka ini. Pintu lain ini yang terkenal namanya Mozilla firefox, Google Chrome atau Opera.

Apa itu install ? install itu ialah kita memasangnya dikomputer kita. Bagaimana mahu install ?. kita kena download dahulu. Download ini bermaksud kita mengambil sesuatu di pustaka atau internet ini. Bagaimana mahu download? panggggggg... aku bagi dulu sebijik. Pastu baru aku terangkan balik.

Download sesuatu yang kita mahu diinternet itu ialah dengan cara membuka atau masuk ke pustaka melalui Internet Explorer tadi. Internet Explorer logonya huruf e bersilang kuning. Bila sudah masuk, taip apa yang kita mahu diruangan kotak carian. Sudah dapat apa yang kita mahu, klik download.

Bila selesai download, biasanya dia akan terus install. klik install. Kalau tiada pertanyaan untuk install. bermakna fail itu disimpan dimana-mana temapt didalam komputer kita. Kebiasaan kalau menggunakan windows 7, fail ini ada dalam folder download. Cari disitu.

Bila sudah jumpa, klik dan install. keluar apa-apa, baca dahulu dan klik. Biasanya accept atau yes atau continue atau next. Bila sudah siap install. Kalau tidak berjumpa program yangg kita install itu. kita boleh mencarinya dimenu Start. Menu start ini dibawah sekali, dibahagian kiri, hujung bucu.

Klik Start akan keluar satu kotak bertulisan : search program and files : kita taip program atau fail yang kita hendak cari disini. Sudah jumpa, maka berjaya.

Next part :
Apa itu Hardisk ?
Apa itu RAM ?
Apa itu Motherboard ?
Apa itu Prosessor ?
Apa itu Graphic Card ?


Ps : Jangan gelak jika terjumpa orang yang tidak tahu apa itu emel, sila bantu mereka untuk memahami. Artikel ini tidak sesuai bagi mereka yang sudah mempunya blog sendiri. Dengan jayanya anda adalah golongan yang celik IT. Penerangan ini harap berguna bagi golongan Buta Huruf yakni orang yang tidak tahu komputer diluar sana.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...