iklan. Jangan klik hahaha...

Friday, 2 November 2012

Mungkir Janji

Hujung minggu yang lalu sedang enak bersantai dirumah. Tiba-tiba ada panggillan masuk.

"Hello, hoi.. kau kat mana?"
"Kat rumah, kenapa?"
"Busy tak?, jom keluar"
"Tak busy pun, jom"
"Ok,pukul enam jumpa kat kedai mamak Khalel"
"Orait"

Aku pun mandi-mandi, solat asar, sempat masak dan makan lagi. Tengok jam sudah pukul 9 malam. Baru aku keluar ke kedai Mamak yang dijanjikan.

Batang hidung kawan aku tiada. Alamak, dia merajuk sudahhh... memang patut dia merajuk. Janji pukul 6 petang, pukul 9 malam baru aku sampai kedai mamak tu. Apa sudah aku buat. Lepas tu dia lama tak kontek aku.

Semalam, dia ada ajak keluar, terus aku kata ok, dan on time. Qada yang mungkir janji dulu. Malam tadi tengok wayang lagi. Wayang cerita Sky Fall - James Bond . Sinopsis Sky Fall James Bond ni, tidak boleh nak diceritakan disini, nanti spoil korang yang belum tengok. Tapi, pihak atasan James Bond mati huhuhuhu... kiranya dua malam berturut-turut aku keluar. Rasa bersalah mungkir janji hujung minggu yang sudah masih terasa. Tak elok buat kawan begitu hahahaha....

Ni gambar malam semalam. Yang pakai baju hitam tu la yang berjanji pukul 6, aku keluar pukul 9 hahaha.. Budak Sarawak. Yang baju putih tu Budak Terengganu. Alhamdulillah, dia bakal tamatkan zaman bujang 17 November 2012 ini. Yang dekat belakang, abang polis tu, takde kena mengena dengan kitorang.



Ps : Kita orang Islam tidak elok dan tidak molek jika tidak menepati janji. Jika berjanji tunaikan. Kalau rasa tidak mampu tunaikan janji, jangan berjanji terus.

Tidak kira berjanji dengan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, suami isteri dan pasangan kekasih. Ada kekasih berjanji sehidup semati dan kekal selamanya tapi curang. Itu tidak menunaikan janji. Curang bukan bermaksud ada kekasih lain, curang tu kira tidak setia, lari dan sebagainya huhuhu...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...