iklan. Jangan klik hahaha...

Penyakit Darah Tinggi

Apa itu penyakit darah tinggi? Darah tinggi atau pun Hypertension adalah sejenis penyakit kronik. Kronik di sini kebanyakannya di fahami sebagai teruk. Itu adalah satu kesilapan. Kronik di sini bermaksud jangka masa yang lama iaitu penyakit darah tinggi tidak sama dengan penyakit demam selsema, sakit kepala iaitu ia dihidapi oleh seseorang dalam jangka masa yang lama.....atau spesifik untuk penyakit darah tinggi,ia di hidapi oleh seseorang sampai bila-bila.



Ya, betul. Bila dah start ubat darah tinggi, ubat mestilah di makan oleh pesakit itu sampai bila-bila. Ini adalah sebab penyakit ini adalah penyakit KRONIK iaitu penyakit yang tak sembuh cuma boleh diKAWAL dengan pemakanan ubat. Pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil ubat setiap hari untuk mengawal kadar tekanan darahnya. Sekiranya kadar tekanan darah tidak terklawal iaitu sentiasa tinggi,ini akan mengakibatkan KOMPLIKASI berlaku pada penghidap darah tinggi.
Komplikasi yang biasa pada pesakit darah tinggi adalah penyakit jantung. Bayangkan tekanan darah yang sentiasa tinggi di dalam badan. Ini akan mengakibatkan jantung letih @exausted kerana bekerja terlalu kuat. jantung adalah seperti mana bahagian badan yang lain,merupakan otot-otot. Bila otot-otot jantung bekerja kuat, pembengkakan jantung (hypertrophi) berlaku.




Bayangkan jantung yang besar, yang mana ia sendiri juga memerlukan bekalan darah untuk berfungsi. Kegagalan penyampaian darah kebahagian tertentu jantung menyebabkan berlakunya ischaemia iaitu kematian sel2 jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Gejala biasanya kesakitan bahagian tengah atau kiri dada yang teruk disertai dengan berpeluh, loya atau muntah , kesakitan yang menjalar ke tangan kiri, bhgn dagu dan sesak nafas.



Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku nya pembengkakan jantung, tekanan darah perlulah di kawal soptimal mungkin dengan pengambilan ubat darah tinggi. Tiada pilihan lain lagi. Senaman, kuarangkan pengambilan garam, kurang kan makan berkalori tinggi membantu tetapi paling penting adalah pengambilan ubat.



Selain daripada komplikasi kepada jantung, Tekan darah tinggi yang tak terkawal juga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Jadi, kegagalan buah pinggang bukan di sebabkan oleh ubat yang di ambil tetapi di sebabkan oleh tekan darah tinggi yang tak terkawal. Kenaikkan tekanan darah yang tinngi secara melampau juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba.


Oleh itu, pengambilan ubat darah tinggi adalah pokok kepada rawatan penyakit darah tinggi. Sekiranya belum bersedia untuk mengambil ubat, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Sekiranya tekanan darah tinggi, lakukan secara lebih kerap. Jangan terlalu yakin darah telah kembali normal tanpa pemeriksaan tekanan jantung.



Gejala seperti sakit kepala, pening untuk pesakit darah tinggi adalah jarang berlaku. Sekiranya berlaku, kemungkina tekan darah terlalu tinggi mungkin pada tahap yang boleh menyebabkan berlaku nya angin ahmar @stroke..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...