iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 30 December 2012

Cinta Itu Seperti Ping Ping

Cinta itu seperti Ping Ping. Apa itu Ping Ping? Ping Ping adalah sejenis permainan macam ping pong. Dua orang pemain mememang pemukul. Memukul bola masuk ke dalam lubang pihak lawan.

Pihak yang lubangnya banyak dibolosi bola akan tewas. Bolanya berbentuk cekera piring. Rasanya tidak layak dipanggil bola. Seiras macam buah karom.

Ping ping ini lantainya ada lubang-lubang kecil. Dari lubang-lubang ini angin keluar. Angin yang keluar dari lantai ini akan menyebabkan bola hampir terapung menyentuh lantai permainan.

Permainan bermula bila salah seorang pemain memukul cakera piring tadi yang hampir terapung-apung dilantai kearah lubang gol pihak lawan. Pihak lawan akan cuba menahan bola dari memasuki lubangnya, serta melakukan counter attack.

Biasanya, bola akan melantun-lantun tanpa kawalan bila terkena dinding sempadan. Lantunan dari pukulan kita kalau tidak bernasib akan memasuki lubang gol kita sendiri.

Permainan berlangsung selagi bola tidak memasuki gol dan selagi bola bergerak. Selagi ada tindak balas dari pihak lawan. Jika tiada tindak balas dari pihak lawan, permainan akan terhenti.

Yang paling aku suka permainan ini ialah aku selalu menang. Walau tangan sakit terkena bola.

Pernah sekali sedang leka bermain permainan ini, Ustaz Ahkil Hayy dan isterinya Wahida Wasini. Terjenguk menunggu untuk mencuba permainan ini. Game ini best untuk menurunkan ego pasangan anda. Selamat Mencuba!

Ps: Ping ping nama diberi aku. Nama rasminya mungkin air hockey atau air ping pong. Ping ping tu secara spontan bila terlihat seperti ping ping, apatah lagi bunyi seakan ping,ping,ping bila berlanggar.

#I win 9-4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...