iklan. Jangan klik hahaha...

Bola Sepak Menyatukan Bukan Memecah Belahkan Sesama Penyokong.

Seperti dipetik dari Facebook, seorang penyokong The Red Warriors :

Aku bukan peminat bola TEGAR, nama pemain Kelantan pun aku tak kenal. Muka pun,aku tak kenal. Tapi,bila Kelantan banyak menang, aku
mula berjinak-jinak tengok bola. Kenal Apex je dulu.

Lepas tu, kenal Daudsu, kenal Piya,
kenal Farhan, Kenal Indra Putra, kenal Mat Yo. Mula tengok pemain berlatih, mula berjinak-jinak masuk Stadium. Mula LIKE fanpage bola. Fanpage penyokong negeri Kelantan, dan lain-lain negeri.

Disini keBullShitan dunia bola timbul. Bila penyokong negeri masing-masing kata mengata, hasut menghasut, kutuk-mengutuk. Macam tiada hari esok untuk mereka. Yang menang dengan sifat berlagak dan ego mereka. Yang kalah dengan perangai tersendiri.

Cuba saja LIKE dan jelajah fanpage bola ini. Tengok sendiri. Sukan sepatutnya menyatukan bangsa
bukan memecah belah. Ya, bersatu tapi sesama negeri penyokong mereka sahaja.

Admin yang mengendalikan sesuatu
fanpage sepatutnya bersikap neutral tidak memihak mana-mana politik. Tidak juga membuat cerita provokasi diantara penyokong lain-lain negeri. Ini siap upload printscreen penyokong negeri lain kutuk penyokong dan pasukan sendiri seolah berkata "Mamat dan minah ni kutuk pasukan negeri kita, jom kita kutuk dan sumpah dia tanpa memikirkan dosa dan pahala".

Itu BullShit dalam bola sepak jika
bercampur dengan hati busuk dengki dan khianat. Tak salah menyokong pasukan sendiri, tapi ada batasnya.

Dan sementara dekat PRU13 ini, ada kelibat pemain politik memainkan sentimen penyokong untuk meraih undi. Itu bullshit bolasepak jika bercampur aduk dengan politik.

Teringat sewaktu kecil semasa bersukan lari dalam guni atau bawa telur dalam sudu. Sorakan gembira bagi semangat. Ketawa riang, tiada kutuk mengutuk kalah atau menang.
Itulah sukan :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...