iklan. Jangan klik hahaha...

Demam

Bermula jumaat, hidung berair. Bersin tidak henti-henti. Batuk-batuk kecil,petanda selsema. Namun, tidak mematahkan semangat beli tiket online movie baru The Last Stand. Sengaja pilih kerusi tepi sekali supaya tidak mengganggu penonton lain dengan batuk,bersin. Sepatutnya duduk rehat rumah aje.

Movie bermula pukul 9.40. Pukul 8 batuk dan bersin menjadi-jadi. Gagahkan juga pergi. Pengorbanan menguatkan diri dengan kondisi semasa berbaloi bila Movie ini tidak mengecewakan. Lakonan terbaik Arnorld SusahNakEja, walaupun dah tua.

Lawak dan aksi diadun sebati. Masa part lawak tu yang seksa. Gelak ketawa sahaja, mula terbatuk-batuk. Ketawa -batuk, ketawa -batuk. Adoi.. Bagi peminat filem movie ini terbaik untuk anda untuk tahun ini.

Balik kerumah,badan mula seram sejuk. Pakai baju tebal untuk tidur. Esok pagi, badan sudah lemah. Tidak larat untuk bangun dan makan lagi. Segala sendi, rongga biji mata sakit, abdomen terasa sakit. Demam apakah ini? minta jauh jangan demam denggi.

Sakit abdomen tu yang tidak tahan. Rasa sakit dibahagian buah pinggang. Sakit lelaki je yang boleh rasa, bila "biji" kena tendang, sakit dan senak bukan kepalang. Mungkin buah pinggang berkerja keras menapis kuman-kuman yang ada dalam darah. Mungkin laa..

Tidak larat drive apatah lagi bawak moto. Beli panadol kat kedai runcit bawah. Telan nasi walau lidah rasa pahit dan payau untuk telan ubat. Malamnya kirim sup ayam pada sepupu yang balik kerja.

Pagi ini, alhamdulillah bertambah baik. Isnin harapnya gagah dan sihat seperti biasa.

Bila sakit dan demam sedikit, barulah kita sedar betapa pentingnya badan yang sihat. Betapa pentingnya anugerah kesihatan badan ini. Anugerah tidak ternilai dengan wang ringgit.

Orang kaya, duit berbilion pun tidak boleh membeli kesihatan. Andai diberi pilihan mahu sihat atau kaya. Anda pilih yang mana? Kalau betul ada pilihan, pasti aku mahu sihat dan kaya hehe.. nampak tamak, tapi semua itu yang orang nak.

Moga pembaca, penyinggah, perindu blog ini. Sihat-sihat walafiat sentiasa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...