iklan. Jangan klik hahaha...

Selamat Hari Lahir

Ini post peribadi, biasanya post peribadi orang tak berapa gemar hendak mengadap baca. Lebih-lebih lagi pasal cinta cintun huhuhu... Ini untuk simpanan bacaan dimasa depan :)

------------------------------------------------------

Hari Lahir kedua bersama, bermakna tahun kedua juga bersama. Rasa macam sekejap dan sebentar sahaja berlalu. Rasa macam sekejap dan sebentar juga, cinta datang dan pergi. Pergi cinta lama datang cinta baru.

Orang tuanya ada bertanya pasal kami, bila mahu bertunang dan bila mahu kawin. Tarikh diberi bertunang dan berkahwin tahun ini juga. Hari Lahir ni mungkin hari lahir terakhir berstatus kapel. Hari lahir tahun ke-3 bersama, kalau ada jodoh, tiada aral melintang. Mungkin sambut sebagai suami isteri, InsyaAllah.

Selamat Hari Lahir buat kamu, moga hubungan kita kekal sampai ke mati. Ada hadiah besar gedabak menanti kamu. Tunggu je Encik Posmen hantarkan.

Tahun ni kena ada rumah baru, kalau pun tidak sempat membeli rumah sendiri kena cari rumah sewa baru yang selesa untuk anak orang. Kena beli mesin basuh, peti sejuk, televisyen, perabot : almari, kabinet televisyen, katil, meja solek, almari pakaian, seterika. Alatan dapur dan memasak, kuali, periuk, sudip, sudu, pisau, pinggan, mangkuk hayun, pengisar, lesung batu dan pelbagai lagi barangan untuk hidup dengan anak orang.

Lepas setahun, kalau ada rezki kena beli barangan baby plak kuikuikui.... ini bukan berangan, ini perancangan untuk masa depan untuk hidup bahgia dengan anak orang. "Pakcik, saya sayang anak Pakcik. izinkan saya kahwin dengan dia, InsyaAllah saya akan bahgiakan dan jaga dia seperti Pakcik jaga dia"

Ps : Hubungan ini baik-baik sahaja, 6 bulan sekali bergaduh dan luahkan apa yang tidak puas dihati. Katanya, bila bergaduh sahaja dapat luahkan apa yang terpendam dan apa yang tidak puas hati. Tapi hati-hati, jangan melampui batas bila sesi meluah perasaan berjalan, takut terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata bukan kecil akibatnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...