Pertempuran di Lahad Datu
Dimana Wartawan kita ye, pihak TV3, RTM, Surat Khabar tidak bertugas menyampaikan berita yang berlaku ke? atau ada udang disebalik batu ?
..........................................................
Ini berita yang tidak rasmi dan yang belum disahkan.
Updated :
Dua orang anggota keselamatan kita terbunuh,
Al-fatihah
kepada Insp G/17984 Zulkifli Mamat skuad 2/2006 dan Sarjan Sabaruddin
dri Unit Komando 69 PDRM telah terkorban semasa pertempuran di Lahad
Datu.
Dua komando polis dikhuatiri
terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi
kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada
Jumaat.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan
itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan
dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad
Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan
boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar
dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada pukul 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan
keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan
masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Setakat
waktu ini 10 terbunuh, 4 cedera. Antara yang cedera termasuk anak
perempuan Sultan Jamalul Kiram III Sendiri Puteri Jacel Kiram.
Serangan hendap dari Tentera Malaysia seramai 30 orang yang lengkap
bersenjata pada pukul 6.00 pagi, ke kawasan tentera Sulu dan berlaku
berbalas tembakan..
Tiada laporan kecederaan atau kematian, tentera Malaysia / Polis Malaysia
"Lahad Datu :keadaan masih terkawal sepenuhnya. Mereka masih D
kepung-pihak berkuasa belum melepaskan apa2 timbakan balas. Sama kita
berdoa!"
-Hishammuddin Hussein
Entah benar atau tidak berita ini, tunggu berita lanjutan dari media rasmi kerajaan.
Dipetik dari Sinar Harian :
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tembakan didengari di
Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang
menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu
dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri
rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan
berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan
bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.
"Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu
das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!" katanya dalam
mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan
penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa
Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150
penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi
ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar
tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada
mereka untuk berundur dari negara ini.
"Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,"
katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda
Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.
Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu
dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan
tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup
manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas
apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata
menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan
menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu
sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka
adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah
sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan
22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.
Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada
26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk
membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis
akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira
pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.
Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk
mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi
memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang
tidak berkenaan ke kawasan
itu. - Bernama
Sebelumnya :
LAHAD DATU: PENCEROBOH SEPATUTNYA TERIMA TAWARAN MALAYSIA
Pekan, 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di
Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan
keluar dari kawasan itu secepat mungkin.
"Kita ambil sikap
yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di
Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah
dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang
mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.
"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan
kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan
terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Najib mengulas
insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh
yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram
enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih
tiga minggu
dengan membuat beberapa tuntutan. Bagaimanapun beliau
bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di
Lahad Datu itu.
"Kita tidak akan biarkan perkara ini
berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan
keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan
lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita,"
katanya.
Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah
sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan
kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa
kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.
"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian
kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada
perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah
diri dan keluar dengan baik," katanya.
- BERNAMA
.
0 comments:
Post a Comment