iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 12 May 2013

Apa Maksud DP di Facebook ?

Cuti mengundi aku ke Johor ke rumah famili abang. Ada tiga anak saudara, semuanya perempuan. Yang paling sulung sudah darjah lima.

Yang paling sulung inilah meminta aku mengajarnya membuka Facebook. Sudah lama diminta, tapi tiada akses internet yang laju masa jumpa kat kampung bila balik raya. Katanya si sulung ni, kawan-kawannya ramai yang sudah ada Facebook, amboiii... budak-budak sekarang.

Selesai, membuka akaun emel dan Facebook, budak ini sudah tidak keluar bermain bersama-sama adiknya waktu petang. Asyik melayan Facebook, cari kawan-kawan, berbalas mesej dan main games.

Ada perkataan yang dia tanya berkenaan dengan DP. Apa maksud DP yang digunakan Facebook ? maksudnya Default Picture atau Display Picture. Namun, lama sebelum Facebook, bagi yang dirty minded, DP sebenarnya bermaksud Double Penetration. Tidak perlulah aku huraikan maksud DP yang tidak elok ini. (kalau hendak tahu juga, Google sendiri )

Tidaklah pula, aku terangkan maksud DP yang ini kepada budak bawah umur ini. Mungkinkah, orang-orang barat memasukkan DP di Facebook ini secara sengaja huhuhu.. ? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...