iklan. Jangan klik hahaha...

Wednesday, 10 July 2013

Dari Penang Ke Kuala Lumpur

Hari ini genap sebulan penulis berada di ibukota Kuala Lumpur. Ketika di Penang mendapat tawaran sebagai Pensyarah di Kuala Lumpur, keadaan agak kelam kabut dengan persiapan dokumen, urusan pindah rumah. Segalanya cukup memenatkan. Dalam seminggu 2 , 3 kali berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur.

Kerana kengkangan masa yang terhad. Rumah untuk disewa yang sesuai yang berdekatan dengan tempat kerja. Mempunyai ruang parkir yang elok cukup susah untuk ditemukan. Akhirnya dengan pilihan yang terhad dapat juga sebuah tidak jauh dari tempat kerja.

Barang-barang dirumah sewa lama di Penang yang mana muat kereta semua diangkut masuk sebab memang tidak akan kembali ke Penang. Benda yang seperti tidak masuk akal yang diisi ialah meja komputer, meja kopi disumbat masuk huhuhuhu..

Dirumah sewa baru, rakan serumah terkejut dengan barang yang banyak yang diisi dalam kereta. Nasib hari tu tidak terbeli Myvi atau kereta kecil seangkatan dengannya. Kereta yang mempunyai ruang yang besar cukup berguna ketika ini. Rasanya yang ada ruang masa itu ialah tempat memandu sahaja. Ruang lain penuh dengan barang-barang termasuk di kerusi penumpang sebelah kiri.

Malam sebelum kerja, cuba kaji dan cari jalan dari rumah sewa ke tempat kerja. Jaraknya dalam lingkungan 10km sahaja. Mengambil masa selama 10 minit sahaja. Namun, keesokan harinya kesesakan trafik cukup teruk. Nasib baik diberitahu awal-awal oleh rakan serumah. Perjalanan 10 minit malam tadi, kini menjadi hampir sejam.

Rumah penulis berada di Ampang, sedang tempat kerja pula di Setiawangsa. Jalan yang diambil adalah menuju ke ibukota. Jalan yang dipenuhi segenap kereta untuk ke ibukota. Walaupun tempat kerja penulis bukan disitu, jalan ke tempat kerja terpaksa separuh melalui jalan tersebut sebelum masuk ke simpang yang agak lancar trafiknya.

Agak sukar untuk membiasakan diri disini, mungkin agak baru dan sudah terbiasa dengan kedamaian Pulau Pinang. Walaupun trafik disana teruk juga. Namun tempat riadahnya banyak kerana dikelilingi lautan. Lebih-lebih lagi bersendirian tanpa kawan dan keluarga. Atau mungkin juga Kuala L:umpur belum mengenali aku hehehe..

2 comments:

azarina said...

:)

Anonymous said...

Cik Azarina, takde tudung free takde ke dkat2 nak raya ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...