iklan. Jangan klik hahaha...

Berhati-hati Mengambil Gambar

Berhati-hati mengambil gambar kerana ada orang lain yang mengambil gambar kita. Dapat diertikan dengan berhati-hati dengan menilai orang lain sebab orang lain pun menilai kita.


Adik aku sedang mengambil gambar aku, tak sedar orang lain mengambil gambar kami. Gambar ni dimuatturun di Facebook.



Ini pula gambar yang diambil oleh adik aku seperti gambar diatas tadi. Anda pernah mengalami situasi begini tanpa dirancang? sedang mengambil gambar tanpa sedar gambar kita diambil. Dapat perspektif yang berbeza. Ada artis photograf profesional menggunakan teknik ini dalam karya mereka.


Gambar pertama tadi nampak sunyi dan tiada orang, tapi berbeza dengan yang ini. Perspektif yang berlainan, gambaran pun berubah. Sama sahaja dengan penilaian kita terhadap orang lain. Penilaian yang dibuat tak semestinya betul dan tepat 100 peratus.

Apa yang hendak aku sampaikan ialah ramai orang diluar sana terus menilai seseorang melalui satu 'pandangan' sahaja. Menilai dan terus menghukum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...