iklan. Jangan klik hahaha...

Ciri-Ciri Lelaki Yang Tak Patut Didampingi

Bukan semua orang sempurna tapi kita ada hak untuk memilih. Kalau tidak sempurna pun, cukup separuh sempurna. Ini antara ciri-ciri lelaki yang kaum hawa tak patut dampingi. Sebelum jatuh cinta lebih jauh, baik lari tinggalkan sahaja.





  1. Tidak Berduit.
    Tidak berduit maknanya tidak bekerja, tidak bekerja maknanya malas. Senarai no.satu patut dielak. Jika tidak berduit dan anda berduit. Setiap kali dating, anda yang kena bayar. Lelaki pemalas tu susah hendak beli apa-apa untuk anda, seperti hadiah hari jadi.
  2. Tidak tepati masa
    Selalu lewat dan lewat,lewat,lewat bila berjanji hendak dating atau kemana-mana. Tanda ini menunjukan lelaki itu seperti tidak gembira berjumpa anda.
  3. Tidak pandai memujuk,
    Malah anda yang kena pujuk dia balik, What the hell lelaki jenis ini. Kaum perempuan mempunyai jiwa yang halus yang memerlukan perhatian. Sensitif dan mudah merajuk. Merajuk adalah perkara biasa dan lelaki kena pandai memujuk, bukan tahu nak melenting sahaja.
  4. Ambil kesempatan
    Lelaki yang tidak dapat menahan diri dan nafsu, awas dengan lelaki jenis ini. Tapi jika anda yang offer, tak tau nak cakap apa lagi. Lelaki ni seperti kucing yang pantang menolak ikan. Lelaki jenis ini, tangannya suka merayap dalam kereta, atas motor, dalam panggung wayang dan dimana-mana sahaja, punca dosa kecil dan besar anda berdua.
  5. Meringankan solat.
    Bila keluar bersama, azan berkumandang atau sudah masuk waktu solat, lelaki ini buat macam tiada apa-apa berlaku dan macam tiada apa-apa tanggungjawab. Tapi jika anda pun dua kali lima. Apa nak dikata lagi.
  6. Kedekut
    Lelaki jenis kedekut nak mampos untuk keluarkan belanja untuk anda. Anda tak mengharapkan benda yang mahal pun, cukup tudung bawal di pasar malam. Haram takde! kalau nak harapkan beg Gucci macam Rosmah tu, jangan harap lerr.. tunggu dia mati dulu, bolot harta dia kalau dia dah mampos, itu pun kalau jadi kahwin dengan dia.
  7. Lelaki bodoh.
    Lelaki bodoh ni, lelaki yang kurang cerdik dari anda. Bukan diukur anda ada degree, dia tiada. Tapi kecerdikan dari segi lain. Contoh membuat keputusan. Kalau kedai makan yang sama je yang dia bawa, pastu anda pula yang bayar. Lelaki jenis ini memang bodoh dari anda. bodoh kerana tidak pandai membuat keputusan dan bodoh dari segi lain yang difikirkan sesuai.
  8. Pengecut
    Lelaki pengecut ialah bila bergaduh tidak menjawab panggilan anda dan tidak membalas pesanan ringkas anda. Lebih bangang lagi menutup terus telefon bimbitnya. Memang dasar pengecut.
  9. Menabur janji manis
    Lelaki jenis ini habuk pun tarak! kosong.. modal air liur sahaja. Cakap tak serupa bikin. Nak bina mahligai impain laa ini la. Nak buka bisnes la, tapi duit nak makan pun takde!
  10. Lelaki berjaga malam, tidur siang.
    Lelaki kelawar jenis batman ni, memang tidak pandai menguruskan masa. Dunia terbalik, hubungan anda pun tunggang terbalik. Dimaafkan jika memang dia kena berjaga sebab kerja shift malam. Dimaksudkan disini ialah lelaki yang menghabiskan masa sepanjang malam dengan internet, tengok bola atau lepak dengan kawan-kawan sampai ke pagi, lepas tu bantai tidur sepanjang hari. Ciri lelaki tiada tanggungjawab dimasa depan.
  11. Lelaki penjahanam harta benda
    Lelaki ini suka meminjam, tidak kira apa sahaja. Harta benda itu diguna seperti hakmilik sendiri, diguna seperti harta sendiri. Bila rosak tidak reti nak repair atau ganti. Anda juga yang kena keluarkan belanja.
  12. Pemarah dan pemukul perempuan
    Lelaki jenis bangang ini suka memukul orang yang patut mereka lindungi, asal bergaduh naik tangan dan kaki kat badan perempuan.
  13. Tidak mesej, tidak telefon
    Apa kejadah lelaki jenis ini, ada awek tapi tak reti nak mesej yang harga je 1 sen atau 6 sen sahaja. Mesej pun susah, telefon apatah lagi. Lelaki jenis ini, tidak ambil berat dan pentingkan diri sendiri. Kita pula yang kena telefon dan mesejnya setiap hari. Perempuan sukakan perhatian setiap hari, kan?
  14. Tidak ambil berat.
    Bila anda ceritakan sesuatu masalah anda padanya, dia semacam tak respon atau macam robot bodoh habis bateri. Kita nak story ringankan beban. Bila story kat dia, makin tambah beban dengan sikap dia.
  15. Tidak menghargai cinta anda
    No komen, tak reti nak huraikan benda ni huhuhhu...
Ada banyak lagi ciri-ciri lelaki yang perempuan tidak suka. Itu ciri yang aku dapat pastikan melalui pengalaman. Anda tidak rugi sedikit pun jika tidak bersama dengan lelaki seperti ini. Jangan bersedih ditinggalkan atau meninggalkan lelaki keparat jenis ini.

Smile Always and Stay healthy :)

3 comments:

Butik Anak Nenek said...

mcm setuju jer ngn post ni..huhu

Anonymous said...

setuju..aku pn dh kena

Anonymous said...

Klu kndng2 ja dy mcj ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...