Dikopi Pasta dari page Facebook.
Air Zam-Zam dicipta oleh Allah. Artikel dibawah menceritakan perihal air zam-zam, segala peristiwa belum disahihkan dan tiada bukti rekod video, tulisan, pengakuan individu, photo dan sebagainya hanya disalin dari page Facebook. Namun artikel ini tentang kehebatan dan khasiat Air Zam-Zam bukan untuk menidakkannya.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam
boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak
pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan
oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan
liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari
kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk
dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta
orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke
tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter
air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah
tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka
jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis
permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan
dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga
Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber
Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke
Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq
Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air
Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga
air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada
hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut
apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja
(Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga
sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji,
dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim
AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh
mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian
setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk
ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas
bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia
menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau
saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat
lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin
sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti
besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya
permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset,
beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui
ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu
menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil
apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya
tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa
pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia
merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya
seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar
besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan
permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan
bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif
membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu
perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan
sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air
zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah
yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan
garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga
ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah
yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw
menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi,
ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W.
menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika
meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari
penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud
supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau
meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah
untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan
bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air
zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang
sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan
ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam
memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan
telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan
garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk
menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam
keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang
tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah
mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke
negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
0 comments:
Post a Comment