iklan. Jangan klik hahaha...

Kuat Dan Tabahlah

Siapa pun kita, dimana pun kita, kita pijak bumi yang sama, kita tengok matahari, bulan bintang yang sama. kita dibawah kekuasaan Allah yang sama.

Ujian yang didatangkan kepada Allah kepada kita mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza pada setiap insan. Ada yang belum mendapat rezeki, belum mendapat pekerjaan yang diidamkan bergaji beribu-riban, bekerja dengan kerajaan. Ada yang sudah bekerja bergaji lumayan tetapi diuji dengan boss dan pegawai atasan yang menyakitkan hati. Ada ofismate yang menjengkelkan sanubari. Semua itu ujian, ujian yang berbeza-beza setiap insan.

Ada ujian berbentuk putus cinta, putus tunang, bercerai berai. Itu semua ujian, ujian dari Allah. Kalau kita yakin adanya Allah, kenapa tidak yakin dengan ujian dari Allah. Kekadang ujian itu kifarah dan penebus dosa-dosa kita. Seperti berpuasa, berlapar dan menahan dahaga dibulan puasa, walau perit namun ada kebaikannya. Mengikat nafsu dalam diri, melatih bersabar. Ujian lapar dibulan puasa.

kita mungkin menangisi setiap ujian yang mendatang. Rasa tidak tertanggung lagi, kita menyimpan dalam diam. Menyimpan dalam hati. Maka akan wujudnya dendam dalam sanubari. Dendam tidak mendapat pekerjaaan. Dendam dengan boss, dendam dengan bekas kekasih. Dendam dengan orang-orang berkaitan penyebab masalah dan kesedihan kita.

Ujian itu sebenarnya boleh mendekatkan kita dengan Allah, kalau kita sedar semua itu dari Nya. Semua perancangan dari Nya. Bermula roh kita ditiupkan. Atau sebelum Adam dan Hawa tercipta nasib kita telah Allah tentukan perjalanan hidup. Masakan Allah tidak tahu? Dia Maha Mengetahui, Allah Maha Pencipta.

Allah tidak terikat dengan MASA, malah Allah lah yang mencipta MASA. Masa lampau, masa kini, masa lampau semua dalam kekuasaan Allah. Semua Allah yang tentukan dulu, kini dan selamanya. Allah memandang dan mampu melihat setiap masa. Masa depan kita pun Allah sudah tahu.

Jika Masa dan segala yang berlaku adalah dibawah kekuasaan Allah, kita faham dan yakin yang sebetul-betulnya. Maka segala ujian yang mendatang, segala kesusahan, segala kesedihan dalam hati akan terpadam dan hilang dengan keyakinan kepada Allah. Yakinlah Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengasihani hamba-hambaNya. Kenapa perlu keluh kesah? kita mampu lagi makan sesuap nasi, minum seteguk air. MASA KINI bermaksud sekarang, masa kita hidup sekarang- saat ini. Saat anda membaca tulisan ini. Esok belum pasti kita akan hidup atau mati.

Kita tidak boleh agak kita akan eksiden kereta hari esok. Tergelincir dibilik air, pecah kepala. Ajal di tangan Allah. Kita tidak boleh agak dan elak. Berhati-hati macam mana pun, kita akan kena jika sudah tertulis begitu.


Jika Di MASA KINI anda mampu makan,minum, sihat. Apa yang perlu dikisahkan lagi. MASA KINI anda tidak perlukan kereta besar, rumah mewah, duit berjuta. MASA KINI ialah apa yang anda jalani saat ini. Kenapa perlu takut dengan masa depan. Kita bukan hidup di masa depan, kita hanya hidup di MASA KINI. Masa depan belum tercipta.

Namun, untuk kemakmuran dan kesejahteraan, kita juga perlu berusaha bukan berpeluk tubuh sahaja. Mentang-mentang segalanya ditangan Allah, maka kita mengurung diri didalam bilik mengharap rezeki dari langit. Jangan begitu, jangan malas mencari peluang dan rezeki.

Di Zaman Rasullullah dahulu, ada seorang pemuda yang membawa seekor unta. Tiba masa dia untuk berurusan, dia meninggalkan untanya tanpa diikat. Lalu Nabi Muhammad S.A.W bertanya "kenapa tidak diikat untuk itu". Pemuda itu menjawab " Hamba berserah dan yakin kepada Allah". Maka Nabi menjawab " ikatlah dahulu unta itu, barulah berserah pada Allah".

Sama juga dengan kita meninggalkan kereta tanpa dikunci dan berserah pada Allah. Tiada usaha untuk mengunci kereta kita. Berusaha dulu baru berserah. Jika usaha tiada, tapi berserah dan berdoa pada Allah itu silap.

Kuat dan tabahlah, ini ujian untuk kamu. Semua orang ada ujian sendiri, merasai dan menghadapi ujian itu. Kamu tidak berseorangan, ada doa dari ibu untuk kamu, ada redha Allah untuk kamu.

Ada doa aku untuk kamu... percayalah... :)


Ps: Rezeki bukan hanya bermaksud gaji beribu, rezeki juga dengan bentuk ketenangan hati, malah kesihatan yang baik itu rezeki terhebat. Bayangkan sakit sebatang gigi, tak boleh kerja, gaji tiada, tiada rezeki. Rezeki juga ada famili yang memahami, kawan-kawan yang memahami dan kekasih hati yang mengerti hati. Kekasih masuk list ke? huhuhu...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...