Tak pernah lagi dapat kawan yang bodoh, tapi pernah dapat kawan yang 'cerdik' yang kata diri kita bodoh. Semua orang bodoh selagi tak tahu sesuatu perkara. Kita bodoh pasal enjin jet, sebab tak tahu camne dia berfungsi dan kalau tahu sekalipun camne dia berfungsi, belum tentu kita boleh buat. Makanya kita bodoh dalam hal itu. Tapi,jangan sesekali mengata orang bodoh yee.. kau pun bukan cerdik sangat hahahaha....
iklan. Jangan klik hahaha...
Showing posts with label 5 Perkara Menarik. Show all posts
Showing posts with label 5 Perkara Menarik. Show all posts
5 Kawan Yang Baik Dan Tak Baik
Aku kopi pasta dari Fesbuka (Facebook) tanpa meletakkan kredit pada orang itu hahahaha....
5 Photo Menarik didalam kokpit
Kita mungkin pernah tengok dan mungkin pernah naik kenderaan ini. Jet pejuang anda pernah? biar betik? ni antara pandangan dalaman kokpit yang hebat dan penuh dengan berbagai butang, err.. mana satu nak berhentikan benda ni....
1. Pesawat Boeng 747
2.Pesawat Pejuang Lock Head.
Bersambung... aku ngantuk nak tido hahaha...
1. Pesawat Boeng 747
2.Pesawat Pejuang Lock Head.
Bersambung... aku ngantuk nak tido hahaha...
5 Poster Iklan Kreatif !
| Nikon |
| Pantene |
Pantene, menghalang rambut gugur. Doktor perempuan kat bilik bedah pun tak payah pakai sarung rambut kepala bagai nak elak dari rambut jatuh. Guna Pantene je :)
| Rowenta |
| Koba |
| Juicy Fruit |
5 Lukisan Potret Menarik dari Huruf !
Yaa.. Potret ini dilukis dari huruf. Orang yang hasilkan potret ni memang kreatif. Boleh anda teka potret siapakah ini?
5 Ciptaan Ringkas Yang Berguna
Kita ingat ciptaan-ciptaan yang hebat dan canggih je yang mengubah dunia seperti Ipad, iphone,Galaxy Tab dan sebagainya.
Tanpa kita sedari ciptaan ringkas juga penting dalam hidup kita. Ini 5 diantara ciptaan ringkas yang tidak kita sedari.
1. Gelang Getah.
Tanpa kita sedari ciptaan ringkas juga penting dalam hidup kita. Ini 5 diantara ciptaan ringkas yang tidak kita sedari.
1. Gelang Getah.
Gelang getah dicipta oleh Stephen Perry pada tahun 1845 dibawah Syarikat Messers & Co, England. Sejak dari hari itu, gelang getah menjadi sebahagian dari hidup kita. Anda guna gelang getah untuk apa? :)
2. Klip Kertas.
Ciptaan ringkas ini juga penting dalam kehidupan seharian, cuba tanya siapa yang tak pernah guna. Apa? Datuk kau tak pernah guna? Nenek aku pun tak pernah guna, tapi cucu-cucu selalu guna. Ia dicipta oleh John Vaaler, kerani Paten Norway pada tahun 1890. Mungkin mamat ni banyak terima borang paten, dia pun cipta benda ni secara tak sengaja. Bentuk yang kita guna hari ini telah diperbaharui oleh William middlebrook, yang berasal dari Waterbury, Usa pada 1899.
3. Penyedut Minuman.
Yang ni kompom nenek dan datuk kita pernah guna. Ia dicipta Oleh Marvin Stone pada 1888. Pada mulanya dia hanya menggulung kepingan kertas pada batang pensel dan meletak gam. (apa agaknya yang difikirkan oleh mamat ni agaknya ye huhuhu..). Tapi kertas bila kena air akan lembut, jadi dia mengganti dengan kad manila yang dilapisi parafin supaya kertas tu tak meresapi air. Selepas beberapa percubaan gagal, dia akhirnya memutuskan panjang benda yang dia cipta tu panjangnya 8 inci lebih kurang panjang straw sekarang laa.. diameternya pula dibuat supaya biji-biji dapat melepasinya. Biji asam dalam air asam tak lepas kot :)
4. Tali
Tali antara ciptaan yang terpenting juga, ni lagi lama dicipta sekitar 3500 sebelum masehi. 3500 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan. Pertama kali digunakan oleh Mesir Purba. Pada masa itu, ia diperbuat dari fiber sutera, bulu-bulu binatang dan sebagainya.
5. Beg beli-belah
Dicipta oleh Mr. Walter H.deubner, pemilik kedai runcit kecil di St. Paul, Minnesota. Pada suatu hari, ketika berada dibelakang kaunter bayaran dia mendapati pelanggan membeli barangan sedikit untuk mudah dibawa. Dia lalu mencipta beg beli-belah yang murah dan tahan untuk membawa beban seberat 30kg. Dalam masa 3 tahun, dia mematenkan ciptaannya dan popular dengan cepat dan dia memperoleh jutaan ringgit dalam setahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)