iklan. Jangan klik hahaha...

Cara untuk elak rindu pada seseorang

Rindu tu satu anugerah dari Allah, tapi kenapa mahu elak pula? emmm.. ni rindu bukan pada yang sepatutnya, bukan rindu pada mak ayah dikampung, bukan pada adik beradik, bukan juga pada kampung halaman. rindu ini pada orang yang tidak lagi rindu pada kita, senang kata orang dah tak hingin kat kita tapi kita gelojoh dan masih rindukan dia. Bila jadi camni, hati jadi gundah gulana, jiwa tidak tenang. Mandi sampai bil air meningkat tapi tak basah-basah, makan 2,3 pinggan nasi tapi masih tak kenyang walau perut buncit membonyot. Bangun pagi asyik teringatkan dia, bukan teringat nak sembahyang subuh atau nak mandi wajid dulu kalau terinzal malam tadi huhuhu..
Bila sampai tahap macam tu, dan orang disana pula tidak ambil peduli kerinduaan kita itu. Makin menjadi-jadi rindu itu, hingga nikmat hidup kita. hidup pada hari ini terganggu, tak boleh nak enjoy 100peratus, hampeh orang yang buat kita rindu tu kan? emmm..naper nak salahkan orang tu pula? dia ada suruh kita rindukan dia ke? ada? kalau tak ada disuruh macam tu kita berhak untuk tidak merindui dia.
Sebenarnya rindu ni datang bila kita tak ada apa-apa aktiviti hendak dibuat, takde hobi yang spesifik,takde buku nak dibaca,kalau pun tak minat membaca,tak main game, takde internet nak layan Facebook, nak tengok youtube, kalo ada internet pun lama-lama jadi bosan. bila takde aktiviti yang hendak dibuat, mulalah datang perasaan rindu tu, macam kambing dalam musim mengawan, kalau yang jantan dia punya terpedo hampir terkeluar dari sarung, kalau yang betina, dia punya tut... dah berair-air dan terbuka-buka. Itu masa musim mengawan kambing, awas jangan dekat..

Manusia,musim 'mengawan' datang bila takde benda nak dibuat, aktiviti fizikal atau pun rohani. Mulalah nak merindu pada si polan itu si polan ini. Cuba kita letak situasi pada masa kita busy atau terdesak, kalau student time nak hantar assigment date line dah dekat. Esok hantar,malam ni baru nak buat. Masa ni, otak dan fikiran difokus pada assignment tersebut, takde masa nak merindu. Situasi lain, masa kita lewat terbangun untuk pergi kerja atau kelas. Mandi 2,3 jirus, berus gigi ala kadar, calit-calit deodorant sikit. Kalau tak sempat dan lupa pakai, tak sampai pukul 12pm, ketiak kau dah bau macam longkang tersumbat dengan plastik Tesco. Masa tu ada kau rindu sama orang yang kau rindu tu? tak rindu, kau tak sempat nak rindu pun. fikiran kau fokus pada kelewatan kau... dah keluar rumah atau hostel, kau boleh pula terlupa pakai spendor, nahas kau kalau kau lelaki, zakar tak mengenal masa bila dia nak keras. Pakai jeans boleh cover lagi, kalau hari tu, kau pakai seluar slack nipis je. Perempuan tak kisah kalau tak pakai spendor, ada orang kisah? dalam kain kau mana ada orang nampak. Situasi terdesak dan fikiran yang fokus pada sesuatu dapat menghindarkan diri kita dari merindu pada seseorang. Maknanya fikiran kita dapat dipusatkan, difokuskan pada sesuatu. Kau langsung lupa pada kerinduan kau bila berada dalam situasi tu.  

Menganggur dan tidak bekerja juga mudah untuk kita rindu pada orang, kita tiada apa-apa nak dibuat, duit pun takde, rindu satu hal, kau nak kawin pun takde duit. Dah kau takde kerja, mana ada duit, tak boleh kawin. Kau akan merindu seseorang tu. Bagi yang bekerja, masa cuti jika takde pengisian waktu lapang, kau mula merindu pada si polan-si polan tu, tambah lagi jika tengok housemate atau roomate keluar dating. Kau pula macam ulat terkulat-kulat keseorangan. Untuk melatih otak dan fikiran supaya tidak melayan terbang rindu pada seseorang, cubalah isi masa lapang dengan bergaya, kau keluar dengan kawan-kawan yang sama solo macam kau, tengok wayang, main boling, guling tengah padang, ambil gambar bajet hensem dan cute pastu post kat Facebook bagi kawan-kawan FB jeles tengok kau bergembira diluar sana, walaupun hakikatnya gambar tu biasa je, tak enjoy sangat pun, tapi bila post kat Facebook ramai pula komen yang best-best. Lagi best kau rasa.
Buat sesuatu yang baru juga dapat melatih otak dan fikiran dari rindu pada seseorang. contohnya kau belajar buat web, belajar CSS, HTML, belajar coding. Apa? kau tak tau semua tu, aku pun tak tahu hahaha... belajar buat kek ke, masak tomyum ke, kucing masak asam pedas ke, kau makan kucing? buat la, janji boleh hilangkan rindu tu. Tengok VCD atau movie yang didownload pun boleh hilang rasa rindu, kalau tak hilangkan pun boleh alihkan fokus sekejap. Yang penting jangan biarkan fikiran kau tu 'menganggur' barang sekejap pun. Isi dan isi sampai penuh, sampai rasa rindu tu terkeluar dari otak dan fikiran kita.
Bertuahlah orang yang dikurniakan bakat melukis, dari lukisan dia dapat luahkan rasa rindu tu.. atas kertas atau apa-apa media. Macam kau rasa nak berak la, bila kau dah keluarkan semuanya, rasa sakit perut tu hilanglah, macam juga rindu. Kau keluarkan semua, rasa rindu tu hilanglah. Apa? esok rindu lagi? ala..esok taik pun ada lagi, berak lah lagi hahaha... kalau kau tak reti melukis, kau menulis je, tulis je apa yang kau rasa atau kertas, taip kat word atau tulis je kat dahi kawan kau yang tengah tidur, gerenti kau tak rasa rindu seseorang lagi, sebab kawan kau pasti mengamuk bila dahinya diconteng. Kau bergaduh dengan kawan, fokus rindu kau pada orang tu hilang huhuhu.. yang dahi ni tak betul
Yang paling berkesan aku rasa, kau dekatkan diri kau dengan Allah, rindu tu kan anugerah dia, macam nyawa kita ni juga la, dia boleh tarik balik. Amalkan ke Masjid atau surau terdekat dengan kau, solat jemaah. Kalau tak boleh semua waktu, kau buat 1 waktu dulu. Yang ni macam susah nak dibuat, yela usahkan nak jemaah kat masjid. solat sendirian pun kau asyik kantoi.
Tak boleh berjemaah pun, kau perdengarkan ayat-ayat suci alQuran pada diri sendiri, berzikir. Rasa rindu pada seseorang ni, boleh dikira macam penyakit hati. Inilah ubatnya..
Tapi,kalau orang disana pun rindukan kau, buat apa kau nak hilangkan rindu kau pada dia lagi? mangkuk betul kau ni, ajaklah dia kawin. bila kahwin, dapat bersetubuh hilanglah rindu tu huhuhu...

1 comments:

ShimaRamaRamaPutih4484 said...

Hahhahhahah artikel terbaikkkk
Pecah peghut eden membacenyeee hahahahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...