iklan. Jangan klik hahaha...

Nur Amalina Che Bakri

 Nur Amalina Che Bakri ketika namanya menjulang naik.


Amalina, amalina apa nak jadi dengan anda.. khabar angin yang tersebar diinternet berkaitan dengan pemilik nama Nur amalina che Bakri yang berubah tidak bertudung dan seksi agak panas. Bagi yang tidak mengenali siapa Amalina ni, beliau merupakan pelajar cemerlang SPM 17A 2005. Kesahihan yang disebarkan diblog-blog masih tidak dapat dipastikan. Tapi melalui gambar yang tersebar, nampak macam dia dalam versi tak bertudung dan berambut merah. Emmm..kalau betul pun dia, pandai tak semestinya tak bodoh dalam beberapa perkara. Dia manusia biasa yang punya nafsu dan keinginan seperti orang lain. cuma yang membezakan dia dengan pelajar lain ialah dia pernah terkenal dengan pencapaian dalam bidang akademik. Macamlah korang baik sangat masa belajar kat IPT dalam dan luar negara. Zaman sekolah mungkin kau baik, tapi bila masa kau kapel dan musim mengawan tiba, perangai kau macam mana? kau juga lupa ayah ibu di kampung. Tu tak termasuk kau ponteng solat atau kau solat subuh pukul 8 pagi, kau solat zohor bila asar nak masuk, kau solat asar bila maghrib menjengah, kau maghrib bila.. aaahhhh malas aku nak tulis. Lepas tu, bila keluar kat blog pasal kisah buruk Amalina ni, kau mula nak tunjuk hero dan alim-alik taik kucing kau dengan komen-komen tahap wali yang abadi lagi suci.. kau lupa yang hati kau belum bersih dan tak cukup suci untuk menghukum orang. Ada baiknya kau cuma diam.. diam tu baik dan mencegah dan menambah dosa kering kau. Kalau dia betul macam tu sama-sama kita beli tiket ke sana dan dakwah dan nasihatkan dia? apa tak mampu beli tiket? mampu tapi kau kena blacklist PTPTN tak boleh keluar negara? cuba kontek dia atau mak ayah dia, tak tahu? Tahu tapi sibuk? kalau camtu kau doa je dari jauh, itu yang sebaiknya, bukan dengan kau mengutuk dan menghukum orang atau mengeluarkan dalil-dalil taik kucing kau.

kat bawah ni aku kepist (copy and paste) dari blog Tuan Zulkifli Bin Noordin, tanpa meminta izin kerana dia busy dan tak online huhuhu...




Salam 2 all.

Kebelakangan ini terlalu banyak berita idsebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.

Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!

Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.

Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".

Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.

Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.

Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 zulhijjah 1430
14 Disember 2009

*maklumat diperolehi daripada sumber University of Edinburgh dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...