iklan. Jangan klik hahaha...

'adik' nak 'abang'

Jalan-jalan di Shopping Mall yang banyak syaitan menghasut untuk kita boros berbelanja tadi. Aku termasuki sebuah kedai barangan elektronik dan gajet-gajet terkini. Lalu tangan gatal mencuba beberapa gajet.

Antara yang terkesan dinafsu membeli dan memiliki ini ialah Galaxy Tab 7.0 Plus. Dengan saiz telapak tangan, muat untuk poket slack. (poket jeans tak lepas kot, kalau paksa masuk juga bersepai kau punya Galaxy Tab tu)

Ciri menarik lain ialah Pelantar atau sistem operasinya menggunakan Andriod Honeycomb. Multi Tasking atau dalam bahasa melayunya Melakukan Tugas Yang Berbilang atau singkatannya dipanggil Mekeyabe hahaha.. agak menarik bagi aku. Ada pop up aplikasi diatas skrin besar, alaaa.. macam kau baca blog ni, dalam masa yang sama kau buka kalkulator untuk mengira huruf-huruf yang aku taip ni. Tanpa kau menutup blog aku, kau menggunakan kalkulator sambil mengira huruf-huruf diblog aku. Kau dah melakukan Multitasking membaca blog dan menggunakan kalkulator untuk mengira huruf-huruf dalam blog ni.

Disebabkan Smartphone aku menggunakan Android Gingerbread makanya dia menjerit-jerit meminta berkehendakan abangnya yang menggunakan Honeycomb. Jap, Galaxy Tab 7.0 baru kuar dari anset aku, maknanya dia adiklah, tapi badan dia besar. Kira abang pun dibolehkan huhuhu..


Inilah 'Adik' nak 'abang' seperti entri di atas.

Buat Gps letak kat kereta pun lagi mantap, walaupun anset aku dah boleh untuk Gps, skrin kecik dia tu macam tak best untuk dilihat waktu memandu. Bila install Papago X5 di pelantar Android Gingerbread dan Android honeycomb ni, walllaaaaaa.. kau akan dapat GPS tanpa internet, maknanya tanpa membelanjakan wang anda untuk internet untuk mendapatkan GPS. Boleh download di mana-mana laman yang boleh dipercayai software Papago ni. Sebiji seperti Gps yang dijual dikedai-kedai tu. i love Android!


Papago X5 di Pelantar Android 2.3 Gingerbread



Satu lagi fungsi best yang aku suka amat ialah Gps dianset kita ni boleh sambungkan ke aplikasi Google Earth di laptop kita. Disitu fungsinya lagi bertambah-tambah seiring dengan Google Earth. Misalnya, untuk memberi tahu jalan ke majlis perkahwinan kita, lokasi kita dan lokasi kawan kita dibuat di Google Earth. Siap, save fail. Hantar kepada kawan. Kawan terima, buka fail, ikut je Gps yang kita sediakan tadi.




Lagi best, Android dan Google Earth dibawah syarikat yang sama - Google. Dan yang terbaru yang aku dengar Sketch Up yang selalu aku guna juga boleh dibuka di pelantar Android kerana sketch Up pun dari Google. ( Sketch Up ni bagi yang tak pernah dengar satu aplikasi 3D untuk Arkitek dan Rekabentuk dalaman membuat drawing) Rasanya bila nak operasikan Sketch Up di Gadjet sekecil telefon pintar memerlukan Chipset yang besar kapasitinya.

Pernah terfikir nak beli Galaxy Tab 10.1, tapi saiz yang agak besar agak kurang praktikal untuk dibawa kemana-mana. Kalau perempuan boleh aja diletak dalam beg beliau. Mungkin Galaxy Tab 7.0 ni alternatif untuk ini.

p/s: Sila ke laman samsung dan cari Galaxy Tab 7.0 untuk lebih lanjut.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...