iklan. Jangan klik hahaha...

Ahad Bersama Yang Tersayang


Seawal pukul 7 pagi lagi aku korbankan waktu tidur untuk bersama yang tersayang. Biasanya hujung minggu ni pukul 10am baru aku bangkit, walau dah sedar. Tapi bermalas-malasan dan bergolek-golek ditempat tidur.

Agaknya sifat dan habit yang membuang masa yang sebegini yang merugikan kita, merugikan bangsa kita dan menjauhkan rezeki kita. Pukul 6, 7, 8, 9, 10. Pergghhhh 4 jam juga tu. Rasanya macam-macam boleh buat dalam masa 4 jam tu. Paling cikai pun, kalau buat part time kat mana-mana, kat McD ke KFC, 7E ke, koman-koman dapat RM4 sejam. 4 jam sudah RM16, 2 hari RM32, Sebulan sudah RM128. Membazir je RM128. Itu yang paling komanlah. Bagi golongan Profesional 4jam tu lagi masyuk. Katakan seorang Arkitek dalam 4jam tu dapat siapkan satu pelan. Anggaran satu pelan dalam RM3000 ke RM4000.

Kalau kau tu perompak bank, 4 jam tu kau boleh dapat dalam RM4 000 000. Banyakkan? itulah nilai dalam 4 jam. Itu pun jika kau sempat lari dan tak ditembak oleh Pak Gad kat dalam bank tu ditembak polis dalam perjalanan lari.

Aku bawa yang tersayang pergi jumpa ejen hartanah yang sudah berjanji seminggu sebelumnya. Jumpa ejen hartanah ni, bukan aku nak beli tanah. Tapi aku bercadang nak beli rumah. Tempat untuk aku meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W nanti. Ada dua buah rumah yang aku jenguk. Semuanya berdekatan dengan tempat aku kerja. Senang mudah. Satu kondominium, harga dalam RM156 000. Ada kolam renang, ada Jin, err..gym. Ada sauna. Ada parking. Tingkat 9.

Satu lagi, flat biasa harga RM76 000. Aras bawah sekali, jadinya tak payah aku nak menekan butang lif tiap kali nak naik ke rumah. Sampai je kat flat menuju ke unit yang aku nak tengok tu, bedebummmm... sebiji gelas plastik pakai buang yang masih berisi air dan ais, jatuh dari langit. Kalau kena kepala benjol. Mungkin gelas tu jenis pakai buang, lepas mereka pakai mereka buang. Mungkin kena tukar nama jadi gelas plastik Pakai Dan Dibuang Dalam Tong Sampah atau singkatannya PD3TS. Parking pula, siapa cepat dia dapat. Tapi kalau siapa cepat dia dapat tapi dia keluar malam balik semula dia tak dapat dah hehehe..

Selepas, Cina Jin Tanah ehh, Cina Ejen Hartanah tu, briefing sedikit sebanyak dokumen yang diperlukan. aku kata "ok dan ok". Selepas tu, dia minta pengeras 1 peratus dari harga rumah yang aku nak beli tu. Maaf ye, sebelum bank luluskan pinjaman kita, jangan sesekali bayar satu sen pun. Melainkan ada perjanjian bertulis dibuat oleh firma guaman berdaftar menyatakan "kalau bank tak lulus, duit deposit dapat balik" huhuhu.. Deposit ni biasanya tuan rumah dan ejen nak pastikan kita betul-betul nak beli rumah tu.

Bila kita dah bagi duit, kalau kita tak jadi beli tak rugilah masa ejen tu. Tuan rumah pun tak perlu bersusah payah menunggu dan mencari pembeli. Kababommm.. tiba-tiba kita tak jadi beli rumah tu, kita jumpa rumah lain yang lagi best. Atau pinjaman kita tidak diluluskan. Cengkeram sudah kita bayar, perjanjian tidak dibuat. Hanguslah duit kita tu, bila diminta macam-macam alasan diberi. Jalan terbaik, suruh mereka buat perjanjian dahulu. Biasanya mereka akan setuju sebabnya situasi menang-menang.


Rumah mana aku nak beli? nantilah aku pilih, kena tengok bank dulu. Biasanya pihak bank akan tengok liabiliti kita tak melebihi 40 peratus atau 50 peratus. Kalau tak duduk sendiri pun, boleh sewakan. Oh,ya tadi masa tengok flat tu, ada perempuan melayu. Cantik, dan seksi. Dah tahu aku dan ejen nak tengok rumah yang dia sewa tu pakailah elok sikit. Ni pakai seluar pendek dengan singlet nampak lurah dada dia. Aku yang konon-konon alim-alim tahik kucing ni, selain tengok keadaan rumah, sempat juga tengok dia hahaha...
tapi aku tak masuk bilik dia. Jaga privasi mereka.

Selepas itu, aku dan yang tersayang pergi makan kat kedai makan siam. Bini dia orang siam kot, pekerja pun melayu siam. Lauk dah tak banyak, time dah over lunch hour,pukul 3pm lebih camtu. Aku ambil seketul ayam percik, sayur pucuk paku kerabu. Terbaik! sampai sekarang perut aku masih rasa penuh je. Apa taknya, aku order 2 gelas air gara-gara cuaca panas. Kereta pun belum pasang tinted lagi, memang berbahanglah dalam kereta kalau tak pasang. Hari tu nak pasang masa cuti panjang Raya Cina, tapi kedai kata that time is so busy, aku delay sampai sekarang.

Sebelum asar, aku dan yang tersayang balik rumah. Tengok wayang? takde mood lagi nak berwayang. Baru lepas layan The Man on The Legde. ledge (aku check kat google nak eja). mision Imposible campur The Lucky number 7, campur Ocean Francais campur Prison Break campur 24 hour campur Bourne Identity. Lakonan mantap Sam worthington. Gaya selekeh Sam kena dengan status fugitive nya.


P/S: This sunday i get extra RM40 using my skill in 4 hour :)
       Oklah, dari tak masuk langsung dari dok keluar macam air paip je.
Yang Tersayang seperti tajuk diatas adalah kereta kesayangan hamba. Baru nak masuk dua bulan berkapel, lubang kunci pun masih ketat lagi hehehe...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...