iklan. Jangan klik hahaha...

Hidup Terlalu Singkat Untuk Bersedih

Awek lari, cari lain. Macam takde perempuan lain nak menangisi kehilangan dia. Dia bergembira disana, kita sengsara memendam rasa. Jangan jadi bodoh, kebahgiaan kita bukan ditangan dia. Kebahgiaan ditangan kita.

Tapi,pastikan ikat dengan hubungan halal -kawin, bila dah jumpa awek baru supaya dia tak lari lagi. Kalau lari juga, anda gagal. Gagal untuk memilih dan gagal untuk mendidik tulang rusuk yang diamanahkan.

Kapel tu,tiada dalam Islam, tak diajar oleh Nabi. Jangan nak mengada-ngada berdoa bila putus cinta, (boleh je berdoa hehehe. andai dengan putus cinta tu kita mengenal dunia dan mula mendekatkan diri dengan tuhan) tak malu ke dulu berkapel tak pernah sedar benda yang tak digalakan tu, bila putus mula berdoa. Paling teruk minta doa jahanamkan orang, jahanamkan buah hati kita yang tinggalkan kita. Bodoh dan bertambah bodoh.

Tinggal apa yang dilarang, buat apa yang disuruh oleh Allah S.W.T, selamat dunia akhirat. Berkapel tu benda dilarang, elok sangatlah kecewa dan sedih macam bangang bila putus cinta. Bercinta lepas kawin lagi selamat.

Kerana cinta tanpa hubungan halal, zina berleluasa. Kapel budaya tak betul yang diterima baik oleh masyarakat.

p/s: Bakal isteriku, aku akan menyintai dan membimbingmu ke jalan Allah, bersama-sama amanah yang dikurniakan kita nanti. Menjaga dan memahami perasaanmu sepanjang hayat kita bersama. Perasaan cinta ini milik Allah, Dia boleh beri dan boleh tarik kembali.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...