iklan. Jangan klik hahaha...

Bangga Sekejap.

Ini berita yang aku kopi pasta dari kosmo hari ni 23.2.2012. Sebenarnya secara tak langsung aku juga pernah terlibat dengan berita kat Kosmo ni. Cuma tak ada gambar dan hasil kerja aku dulu je. Kat bawah aku pasta apa yang aku buat untuk Program ni. Klik sini untuk berita penuh Kosmo


USM buat penyelidikan berkaitan haji di Mekah


OMAR (kiri) semasa bertemu dengan Datuk Bandar Mekah, Dr. Osama Fadhul Al Bar di pejabatnya di Mekah baru-baru ini.


GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia memainkan peranan lebih aktif dalam penyelidikan berkaitan ibadah haji serta bekerjasama dengan beberapa universiti di Arab Saudi.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman berkata, penyelidikan tersebut membabitkan aspek pengurusan sisa-sisa pejal, perubatan, kesihatan dan sistem pengawasan jemaah.
Bagi tujuan itu, pihaknya akan menggembleng kepakaran yang ada bagi faedah kepada umat Islam.
Menurut Omar, penyelidikan ibadah haji telah dilakukan USM sejak lima tahun lalu untuk kebajikan umat Islam seluruh dunia dengan kerjasama Universiti Umm Al-Qura dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
"Jalinan hubungan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di Arab Saudi merupakan kedua tertinggi bagi USM selepas IPT di Jepun," ujarnya dalam satu kenyataan dari Mekah kelmarin.
Beliau berkata demikian semasa bertemu Datuk Bandar Mekah, Dr. Osama Fadhul Al Bar dalam lawatan kerja ke negara itu baru-baru ini.



Aku ditugas mendesign banner dan banting je dulu hehehe.. tapi adalah juga yang aku buat untuk ibadah haji ni :) ini banting dan banner yang aku buat. Masa ni, awal-awal program penyelidikan berkaitan ibadah haji USM dengan Universiti-Universiti Arab Saudi. Sekarang dah hampir lima tahun, masih lagi berlangsung dengan jayanya.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...