iklan. Jangan klik hahaha...

Saya Sayang Awak



"kenapa awak ajak saya lepak kat tasik ni?"
"Saje, nak pujuk awak. Awak merajuk ke?"
"kenapa cakap saya merajuk?'
"ye la, saya mesej tak balas, kol tak angkat. macam merajuk je"
. . . .
"tak la, kredit saya habis"
"kenapa tak top up?"
"tak cukup duit, mak bagi RM1 je pergi sekolah"
"buatlah sos top up atau advance dulu laa.."
"saya dah buat, dah tak boleh buat dah"
. . . .
"awak buat saya rindu tau tak?"
"saya pun rindu awak juga..."
"dah la, jangan bergaduh ye, lagi pun kita sama-sama rindu"
"betul tu,buat apa nak bergaduh sebab rindu kan"?

Setan pun datang berlumba-lumba..

"nak cium sikit boleh?"
"mana boleh,mak pesan kalau belum kahwin mana boleh cium"
"ala,sikit je. Kat pipi awak je"
"ok,janji tau.. kat pipi je. Cium laa"

muaaaahhhhhhhhh.......

Setan bertepuk tangan... cucu Adam hilang pertimbangan...


Bercinta dan berkapel seakan menjadi budaya dalam masyarakat kita. Budak-budak kecil pun sudah terbiasa melihat pasangan berjalan bersama. Naik moto, naik kereta. Berpegangan tangan, berpeluk, bercium. Bila dah biasa, maka itu jadi semacam budaya. Budaya yang tak betul. Tapi nampak macam betul dimata masyarakat.

Nasib baik mencuri bukan lagi menjadi satu budaya macam berkapel. Mencuri kecil-kecilan, seperti mencuri sekeping coklat di pasar raya mana lebih besar dosa dibandingkan dengan keluar berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Katakan berat dosanya hampir sama. Tapi yang mencuri sekeping coklat tadi lebih hina dimata masyarakat berbanding kapel yang berpegang tangan tadi. Malahan, masyarakat semacam tak kisah dan bukan satu dosa. Gerenti yang mencuri tadi kena pelempang atau kena maki, paling teruk dibawa ke Balai Polis.

Tapi tak ada yang memaki dan melempang kapel yang berpegang tangan tadi. Itulah budaya yang menampakkan kapel tu nampak macam betul dan tak mengapa dibuat sejak bayi baru lahir boleh melihat dunia lagi. Tapi mencuri nasib baik belum menjadi satu budaya.

Berkapel,bercinta dan berdating ni bunga-bunga maksiat untuk menjurus ke arah zina. Tengok pasangan dengan ghairah dah jatuh zina mata. Dengar suara manja, sudah zina telinga.


Firman Allah dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yang ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Berkapel adalah mendekati zina. Beranikah kita melawan ayat-ayat Allah. Kalau tak setuju kapel adalah haram. Sila jawab di Padang Masyar. Semoga kita mendapat perlindungan Allah sentiasa di dunia dan di Akhirat nanti.


"Saya sayang awak"
"betul ke"?
"betul laa.."
"jom kawin"
"jom" :) 

Mendengarnya Setan resah gelisah. "aahh.. banyak lagi cucu Adam yang berkapel di luar sana, jom geng kita hasut diorang supaya berzina. Kalau tak berzina pun, biar diorang berdua-duaan, berpeluk. Tak pun pegang-pegang tangan je. Janji ada dosa masuk, sikit-sikit lama jadi bukit hahahaha.." 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...