iklan. Jangan klik hahaha...

Cerita Lucah Semut

Aku kopi pasta lagi tanpa memberi kredit hahaha....

AMARAN :
Entry ni sedikit ada kelucahan melampau-lampau bagi yang tak biasa dengan kelucahan dan bagi yang sentiasa membaca kisah-kisah perjuangan nabi dan para sahabat, entry ni boleh diberi gred F - gagal sama sekali hahaha...




Kisah bermula beribu-ribu tahun yang lampau, sebelum wujud teknologi-teknologi canggih dimuka bumi. Dikisahkan ada dua kumpulan kaum yang bertelagah, satu kaum Pakatan Semut dan satu lagi kaum Barisan Semut. Ada pun, kedua-dua kaum semut ini adalah berasal dari susur galur yang sama, namun pertelagahan tetap tidak boleh dielakkan. Sehingga pemerhati ada menyatakan hal ini akan menyebabkan kaum pendatang yang sudah jadi sebahagian kedua kaum semut itu, suka akan melihat pertelagahan ini. Itu menurut pemerhati, betul atau tidak pula diusul periksa.

Arakian, sekian lama pertelagahan berlaku. Maka tibalah hari Pemilihan Raja Unik yang ke-13 atau pendeknya PRU13. Menjelang Pemilihan Raja Unik atau PRU13 itu. Berbagai-bagai cara dan kaedah dilakukan oleh kedua kaum yang bertelagah tadi. Kata mengata, fitnah melata diatas muka bumi. Masing-masing ingin memenangi hati kaum masing-masing.

Maka PRU13 menjelang jua, semua kaum keluar dari sarang masing-masing. Hari untuk memilih Raja Unik tiba jua. Pertelagahan kaum Pakatan Semut dan Barisan Semut tiba dipenghujung. Dari pagi sampai ke petang kedua-dua kaum semacam  tidak pernah habis mengerumuni tempat pemilihan masing-masing.

Hari pemilihan tamat, kedua kaum sudah selamat mengundi. Menjelang malam, pengiraan undi bermula. Kedua raja berdebar menanti siapakah yang bakal ditabalkan menjadi Raja Unik nanti. Adat bertanding ada menang dan ada yang yang kalah. Setelah selesai Pemilihan Raja Unik ke-13 itu maka pemenangnya diketahui jua.

Pemilihan Raja Unik itu memihak kepada Barisan Semut. Maka, bermuram durjalah kaum Pakatan Semut. Tidak tertahan akan malunya kaum Pakatan Semut itu. Maka,kaum Pakatan Semut yang terdiri dari Semut Merah, Semut Gatal, Semut Hitam, Semut Api dan bermacam jenis semut lagi berpakat untuk keluar dari sarang semut yang makin hari makin teguh dan membesar semacam besut anai-anai lagaknya.

Keesokan hari selepas berita kekalahan tersebut diketahui, memanggil Raja akan Memanda Menterinya lalu berkata "Beta rasa baik kita keluar dari sarang ini, kita buat sarang lain, sarang ini bukan untuk kita lagi" Memanda Menteri dengan sedih menjawab "molek benar Tuanku, patik fikir macam itu juga". setelah berpakat semua menteri. Maka dipanggil kaum semut semua lalu diumumkan. "semut-semut semua, kita akan keluar dari sarang ini, keluar mencari sarang lain".

Mendengar hal itu ada yang gembira dan ada yang sedih, gembira kerana sudah tiada hati lagi disarang lama ini. Sedih kerana lahir dan membesar disarang ni. Tidak lama selepas pengumuman tergempar itu. Maka bersiap-siaplah semua semut-semut Pakatan Semut tadi.

Berjalan-berjalan hampir beberapa minggu, semua semut sudah letih kerana tidak cukup makanan lantaran bekalan yang dibawa hampir habis. Didalam kelesuan dan keletihan itu, tiba-tiba menjerit seekor semut. "aku nampak tiang! aku nampak tiang! aku nampak tiang
!" ada pun apa yang diperkatakan oleh semut itu tadi ialah tidak lain dan tidak bukan dia telah ternampak satu tiang rumah kaum manusia.

Kaum semut sedar, rumah manusia banyak terdapat makanan. Kaum semut gembira dan teruja sekali, ini lebih baik dari sarang yang ditinggalkan dulu. Atas titah Raja mereka, tiang itu dipanjat dengan bersemangat sekali. Tidak sampai sepurnama atau sebatang rokok sekali pun, mereka sudah sampai ke bumbung rumah. Lalu terus ke siling dan merayap-rayap disitu mencari tempat yang elok untuk dibuat sarang.

Dijadikan cerita, dibawah, dilantai diruang tamu rumah itu. Seorang isteri sedang tidur dengan nyenyaknya sampai terselak kain yang dipakai. Tidurnya juga, tidur dengan keadaan tidak sopan, terlentang dan terkangkang. Tidurnya menunggu suami yang sepurnama ke luar negeri mencari nafkah hidup. Penat menunggu, dia tertidur.

Lantaran keletihan dan penat berjalan dan sedikit teruja, kaum semut itu yang berjalan disiling rumah, kurang mencengkam kakinya. Lalu, sedetik angin yang kuat menghembus kearah kaum-kaum semut tadi. Mereka terjatuh dan melayang-layang terus tepat kearah kelangkang si isteri yang tidur tadi.

Ada semut-semut yang menjerit-jerit histeria, kerana terjatuh dari tempat tinggi dan sekarang tidak tahu dimana mereka berada. Melihat akan perihal itu Raja memanggil Memanda menterinya " Wahai, Memanda Menteriku, akan pengalaman kau yang banyak sekali mengembara. Dimanakah kita berada?" Maka dijawab Memanda Menteri itu tanpa ada keraguan sedikit pun " ada pun pada firasat patik Tuanku, kita berada didalam sebuah hutan yang tak pernah seumur hidup patik tengok tuanku, pokok-pokok kering hampir mati tapi seperti subur"

Pening Raja Pakatan Semut itu memikir akan jawapan Memanda Menterinya, baru sebentar tadi mereka berada disiling sekarang sekelip mata berada didalam hutan yang pokok-pokoknya hitam dan bengkok-bengkok dan tidak lurus. Tidak lama, satu pasukan istimewa dibentuk untuk mencari jalan keluar atau yang elok dibuat sarang. Maka kaum semut ini meneruskan lagi perjalanan dengan dikepalai oleh pasukan istimewa tadi.

Tidak berapa lama kemudian, pasukan istimewa telah terjumpa sebuah gua yang agak cantik bentuknya, terus dikhabarkan kepada Raja. "Tuanku, patik rasa telah menjumpai gua yang cantik bentuknya, patik rasa gua inilah yang diceritakan oleh moyang-moyang kita dulu. Yang mana, orang yang belum kahwin dilarang memasukinya, hanya yang sudah berkahwin sahaja". Raja berfikir, elok kiranya gua itu dijadikan sarang untuk kaumnya, mitos orang tua itu mungkin tidak benar. Mana mungkin orang belum kahwin tidak dibenarkan masuk, kalau benar tidak boleh masuk maka tiada buang bayi berlaku sewenang-wenangnya.

Diperintahkan pasukan istimewa meninjau kedalam gua itu, dengan semangat kental dan rasa ingin tahu bercampur sedikit gentar mereka menuju ke mulut gua tersebut. "Tuanku, elok kiranya tuanku tidak memasuki gua ini, buruk padahnya jika sesuatu berlaku, biar patik periksa".

Mulut gua itu terlalu sempit, tapi muat untuk kaum semut memasukinya, didalamnya agak gelap, sedikit berbau pelik dan lembap. Pasukan itu, terus meninjau lagi dalam dan dalam.

Lain ceritanya diluar hutan itu, sang suami sudah balik dan melihat si isteri tidur dalam keadaan begitu lalu....

Didalam gua itu gempar, semut yang terakhir menjerit dan memberi amaran kepada semut yang didalam "awas aku melihat kepala seekor naga cuba memasuki gua ini. Cari tempat berlindung" Maka bertempiaran semut-semut mencari tempat perlindungan, ada juga yang berpura-pura mati. Dan ada juga yang betul-betul mati lantaran terkejut melihat naga yang ganas itu, tidak bermata dan hanya mempunyai satu mulut sahaja.

Naga ganas itu, keluar masuk, keluar masuk,keluar masuk seperti mencari sesuatu dan seperti marah ada orang mengacau sarangnya. Semut-semut itu seakan lega melihat naga itu seperti buta kerana tidak bermata. Tapi takut juga semut itu, kalau-kalau naga itu menyembur api, pasti terbakar mereka didalam. Dalam hati berharap naga itu tidak menyembur api seperti cerita nenek moyang dulu.

Beberapa ketika, naga itu kelihatan garang semacam. Menghentak dengan lebih keras dan keluar masuk dengan laju. Semut-semut yang didalam ketakutan itu, makin bertambah takut. Akhirnya, naga itu semacam ingin menyembur sesuatu, hanya mati fikir didalam hati semut-semut tadi. Naga itu menyembur jua, tapi yang pelik naga itu menyembur air yang agak  banyak. Ada yang hampir lemas dengan semburan air itu. Setelah menyembur air itu, naga itu keluar langsung tidak kembali.

Melihat akan hal itu, semut-semut tadi memberanikan diri untuk keluar. Yakin tiada lagi naga ganas tadi. Mereka laju meluru keluar. Lalu mendapatkan Raja mereka. Segala peristiwa yang berlaku tadi diceritakan semua, perihal keadaan gua dan perihal naga yang ganas menyembur air tadi. Raja gerun mendengar akan perkhabaran itu.

Maka benarlah, orang yang belum kahwin dilarang memasuki gua itu seperti larangan moyang mereka. Gua itu punca kaum manusia banyak dicampakkan ke neraka,lantaran belum kahwin tapi berani memasuki gua itu. Bertindak dari peristiwa itu, Raja dan pengikut sebulat suara untuk meninggalkan daerah yang pelik itu. Cuba mencari sarang lain atau pun kembali ke sarang lama dan mencuba pula pada Pemilihan Raja Unik yang ke14, mana tahu ada nasib. Boleh menawan PutarJaya.
.
.

P/s : Pengajaran- 
       Tidur hendaklah menutup aurat, takut-takut semut.....
       Politik itu kotor jika ditangan Politician yang kotor.
       Naga itu bukan naga seperti yang difikir oleh Kaum Semut, selidik dulu segala berita yang kita dapat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...